BEN ASHAARI

Sunday, February 2, 2014

KANGKUNG MASAK LEMAK SAMA LABU MANIS..

rsz_kangkung_masak_lemak_sama_labu_manis
Assalammualaikum, salam Ahad...masih bercuti?...dan pastinya masa2 cuti ini anda habiskan bersama keluarga. Hari ni che mat masak kangkung yang namanya begitu popular di Malaysia sejak kebelakangan ini. Sebab dah biasa sangat goreng belacan, sotong kangkung dan sebagainya, maka hari ni che mat masak lemak sama labu manis. Plan asal nak masak dengan keledek dan guna rendah udang hidup tapi keledek takde. Jadi masak lemak putih pun boleh lah. Ada yang tak biasa kangkung masak lemak, tapi orang peranakan baba nyonya, dalam menu mereka memang ada kangkung masak lemak sama keledek, tapi tidak lah bewarna putih macam che mat masak. Resipi mudah dan pada che mat, kalau menu masak lemak macam ni, antara masakan yang paling senang nak masak...tak jadi masalah kalau anda nak mencubanya nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1/2 biji labu manis saiz sederhana, kupas dan dipotong kiub
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
2 batang serai, diketuk
1 biji bawng besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, santan cair dan udang kering ke dalam periuk. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan labu dan masak hingga labu 1/2 empuk. Tambah kangkung, gaul rata dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
  2. Biar mendidih dengan api sederhana. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan goreng @ ikan masin dan telur dadar..


1 comment:

Cik Wan said...

Sedap dan berkhasiat..saya sukaaa..hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.