BEN ASHAARI

Tuesday, February 4, 2014

INCHE KABIN - AYAM GORENG GAYA PERANAKAN...

rsz_inche_kabin
Sebab ada 5 ketul kepak ayam atau chicken wing, kata omputeh, che mat teringin nak bikin inchie kabin atau ayam goreng gaya peranakan. Ia seakan2 ayam goreng berempah, dan nama inche kabin tu mungkin dari perkataan "encik dalam kabin". Che mat pernah buat sekali dulu, tapi kali ni buat lagi dan guna kaedah berlainan sikit. Inche kabin perlu diperap sekurang2nya 6 jam atau nak lebih sedap, semalaman. Style menggorengnya sama, digoreng dua kali. Maksudnya pertama kali goreng setengah masak, angkat dan toskan. Kemudian goreng sekali lagi dengan api sederhana hingga masak. Inche kabin ini sebenarnya satu resipi nyonya peranakan Pulau Pinang. Disebabkan ayam diperap dengan rempah ratus, maka minyak gorengan dengan cepat bertukar gelap sedikit, tapi masih nampak menarik bukan. Kalau anda tak nak guna kepak ayam, boleh guna mana2 bahagian ayam yang anda suka...Ok jomm kita mula memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ketul kepak ayan saiz besar, cuci bersih dan cucuk2 dengan garfu
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 camca teh penuh serbuk kunyit*
1/2 camca teh serbuk kayu manis*
1/2 camca teh serbuk jintan halus*
1/2 camca teh serbuk jintan kasar*
1 camca teh serbuk ketumbar*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1 camca besar cili kisar*
70 ml pati santan
2 batang serai, hiris halus dan tumbuk hancur
3 biji bawang merah kecil, tumbuk halus
1/2 camca teh jintan kasar, disangai dan tumbuk hancur
Garam secukup rasa dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 bertanda (*), bahan tumbuk, santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau rata. Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Perap semalaman atau sekurang2nya 6 jam dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng bawang besar dan daun kari hingga layu, angkat dan toskan. Kemudin goreng ayam hingga 1/2 masak. Angka dan toskan ayam. Biar sekejap. Panaskan minyak dan goreng kembali ayam tadi, guna api sederhana dan goreng hingga ayam masak. Angkat dan toskan.
  3. Susun kepak ayam dalam pinggan sesuai. Tabur dengan daun kari dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain.

2 comments:

Afasz said...

sedap nye. yum yum

Puteri said...

dap, dap... dah lama dok melawat cuti-cuti m'sia kat sini, dok try resepi che mat dalam diam :), baru ari ni lak rasa nak comment :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.