BEN ASHAARI

Saturday, February 8, 2014

IKAN SIAKAP KUKUS BERKUAH KICAP...

rsz_siakan_kukus_kuah_kicap

Assalammualaikum, salam Sabtu. Buat apa tu?.. Dah siap masak, ke makan luar atau ada undangan ke majlis2 tertentu. Che mat hari ni kukus ikan siakap dan goreng kangkung belacan saja. Lagi pun nanti nak ke majlis perkahwinan. Ingat nak gantung periuk, tapi mana boleh, kena gak masak yang mudah2. Che mat guna ikan siakap saiz kecil, kurang lebih lebar 3 atau 4 jari orang dewasa, bagi yang tak makan, anda boleh guna sebarang ikan yang anda suka. Ikan yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan lada sulah, anda kukus hingga masak. Kuah kicap dimasak berasingan dan tuang pada ikan bila hendak dihidangkan. Hiasan2 atas ikan tu mentah, tapi sebab kuah dia panas, secara tak langsung ia akan lembut dan harum..Sedap dimakan sejurus diangkat dari kukusan....resipi seperti berikut...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil (selebar  3 - 4 jari orang dewasa)
1 inci halia, hiris nipis
2 ulas bawang putih, diketuk
1 pokok kecil daun bawang
Sedikit garam dan lada sulah

BAHAN-BAHAN KUAH KICAP :-)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Beberapa titik minyak bijan
1/4 camca teh lada sulah
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN HIASAN :-)
Sedikit lobak merah, dimayang halus
Sedikit cili mrerah dan hijau, dimayang halus
Sedikit halia, dimayang halus
1 pokok daun bawang, dimayang halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan siakap disiang dan cuci bersih, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur yang bersih. Kelar sedikit ikan tadi. Sediakan bekas tahan panas, susun beberapa keping halia pada dasar bekas. Gaul ikan tadi dengan sedikit garam dan lada sulah. Letak ikan tadi dalam bekas beralaskan halia. Masukkan sedikit hirisan halia, bawang putih dan daun bawang dalam perut ikan. Baki halia dan bawang putih disusun atas ikan. Kukus selama 10 - 12 minit, bergantung pada saiz ikan. Sementara itu kita buat kuah kicap..
  2. Panaskan 1 camca teh minyak masak, tumis bawang putih cincang hingga harum, masukkan sos tiram, kicap lemak manis dan lada sulah. Kacau rata dan tuang air. Masak dengan api kecil hingga pekat. Masukkan minyak bijan, kacau dan matikan api.
  3. Keluarkan ikan dari kukusan. Buang halia dan bawang putih pada bahagian atas ikan. Buang juga air pada ikan yang terhasil masa proses mengukus tadi. Tuang kuah kicap atas ikan, pastikan kuahnya panas, kemudian tabur bahan2 hiasan atasnya, rata2. Biarkan sekejap dan boleh hidangkan segera bersama nasi panas..

5 comments:

Lynn Munir said...

Selalu siakap saya cuma masak steam dan tiga rasa aja.Kali ni rasanya nak kena tukar resepilah ikut resepi
Tiffinbiru pulak :-)
Terima kasih untuk perkongsiannya.

greetingsfromengland said...

Sedapnya! Nak try masak macam ni nanti one day Inshallah!

Puteri said...

nak try follow recepi che mat tapi nk guna ikan low class je la... ikan kembung,

Firdaus Redscarz said...

nampak sangat sedap....

qaseh gold in d house said...

salam selalu msk ikan ni masak 3 rasa atau sweet sor...nmpak menyelerakan...insha allah akan mncuba resepi ni....nyum2

jom ke blog qasehgoldbiz.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.