BEN ASHAARI

Wednesday, January 1, 2014

SAMBAL BENDI

sambal bendi1
Sambal bendi antara hidangan authentic orang peranakan baba nyonya, kalau diperhatikan ia kurang lebih macam masak berlado. Dan pada che mat sambal untuk resipi ini anda boleh siapkan awal dan boleh juga dibuat dalam kuantiti yang banyak dan disimpan daam peti sejuk. Ini lebih memudahkan kerja anda dikala sibuk. Boleh dipelbagaikan samada nak diletak atas ikan, terung atau bendi. Ia juga boleh digunakan untuk perencah nasi goreng. Sambal bendi kali ini che mat guna kurang lebih 250 gram bendi jenis pendek2...atau anda boleh beli satu paket bendi yang ada jual di TESCO. Petua untuk mengelakkan bendi berlendir, anda cuci dan celur bendi sebiji2 tanpa dikerat, bila lembut, anda toskan dan biar sejuk sedikit. Boleh kerat sedikit bahagian hujung dan pangkalnya. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut. Kalau suka masam, anda boleh perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram bendi jenis pendek2, cuci dan toskan, biar sebiji2
6 biji cili merah saiz sederhana
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 biji buah keras, hiris
Secubit belacan, dibakar
1 camca teh pes asam jawa
1 helai daun limau purut
1 biji limau kasturi, dibelah dua
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mula2, kita buat sambalnya dulu, ada dua cara, pertama anda boleh tumbuk dengan lesung batu atau kisar guna blender. Che mat kasi cara yang guna blender. Masukkan bawang putih, buah keras dan belacan ke dalam alat pengisar, tuang sedikit air dan kisar hingga halus. Tambah bawang merah dan udang kering. Kisar hingga hancur dan masukkan cili merah. Kisar lagi hingga cili hancur tapi tidak terlalu halus, gunakan butang 'pulse' untuk mengisar. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar tadi hingga harum, masukkan pes asam jawa dan daun limau purut, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan 1/4 camca teh minyak masak. Celur bendi tadi hingga lembut. Angkat, toskan dan biar sejuk sedikit. Kerat sedikit bahagian hujung dan pangkalnya. Susun dalam bekas sesuai. Tuang sambal atas bendi dan ratakan. Hias dengan limau kasturi. Hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain..

5 comments:

iu-hazirah said...

selamat tahun baru

jemput join
http://www.iuzira.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html

SuE said...

Sedapnya... terliur bila tgk sambal dgn bendi nie. ^_^

Eellee Nana said...

nampak menyelerakan sungguh, sedap :)
must try..

Nur A.Z said...

sambal bendi pon boleh jadi nampak sedap.. ah laparnya..
selamat tahun baru mat gebu.

Kjee said...

perghhhhhhh