BEN ASHAARI

Sunday, January 19, 2014

IKAN PARI BAKAR MASAK LEMAK SAMA BELIMBING BULUH..

rsz_ikan_pari_bakar_masak_lemak
Salam Ahad semua, assalammualaikum. Anda masak apa hari ni?...Che mat masak yang betul2 mudah, ikan tenggiri masak kicap, tumis air kentang dan sambal belacan. Entri yang anda nampak ni che mat masak tu hari dan hampir terlupa nak masukkan ke dalam blog. Sebenarnya menu macam ni Bak suka, ikan pari dibakar kemudiam dimasak lemak dengan belimbing buluh. Ikan pari kalau dapat dibakar atas bara api lagi terangkat, wangi dan sedap. Masaknya mudah cuma proses nak membakar tu saja yang cerewet sikit, tu pun kalau anda nak bakar guna arang, tapi kalau nak mudah, bakar guna kuali ajaib. Senang dan cepat cuma aroma dia kurang dan tidaklah seenak guna api bara. Anda boleh guna cili padi jika suka pedas. Sebab Bak jenis yang tak makan pedas, che mat guna cili merah dan campur 6 biji cili padi. Ok...jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ikan pari
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
15 biji belimbing buluh, kerat 2 tapi tak putus setiap 1
1 keping kecil asam gelugor
1200 ml santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyt hidup
3 biji cili merah
6 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci dan toskan. Gaul dengan sedikit serbuk kunyit, 1 camca besar minyak masak dan garam, kemudian panggang hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama, serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan pari yang telah dipanggang tadi dan asam gelugor. Kacau perlahan dan masukkan pati santan dan daun kunyit. Biar mendidih sambil dikacau selalu.
  3. Tambah belimbing buluh, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...

4 comments:

aima said...

fes time tahu ikan pari boleh di gulai...cam sedap je

Masz Health Boutique said...

betul tu Aima..tak pernah lagi makan ikan pari masak macam ni....kalu chef masak apa pun mesti menjadi ek..

~jemput semua berkunjung ke blog saya untuk info sihat & cantik..terima kasih :)~

Raudzah Z said...

sedapnya kita suka masak lemak..tapi part pari tu tak pernah lagi makan masak lema,masak pedas ada.

Norzi Beautilicious House said...

Wah nampak sedap...mak norzi selalu masak lemak cekur....ni lemak kuning ye cmg..anyway tqvm for sharing

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.