BEN ASHAARI

Tuesday, December 17, 2013

UBI REBUS TUMIS IKAN BILIS...

rsz_ubi_tumis_ikan_bilis
Assalammualaikum, ngantuk ni sebenarnya dan sementara mood che mat masih bersisa, elok lah update entri blog malam ini, sekurang2nya boleh bagi idea pada anda untuk esok. Hari ni agak sibuk...errr...atau saja2 sibuk kan diri, tu yang tak dann nak update blog. Pagi tadi bonda rebus ubi dan makan sama sambal tumis ikan pari masin yang che mat bikin semalam ttu, Dan che mat asingkan sedikit ubi rebus untuk ditumis sama ikan bilis. Che mat tatau asal resipi ni dari mana, tapi ada juga teman2 FB syorkan che mat buat macam ni, dan sedara che mat sendiri pun buat juga. Kemungkinan orang2 Jawa yang buat. Rasa dia memang istimewa dan buatnya pun tak susah, macam goreng sayur aje. Kalau anda ada rebus ubi dan ingin mencuba...che mat kongsi resipi, seperti di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan ubi rebus yang telah dipotong kiub (sebesar ibu jari)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam 10 minit, toskan*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*(*ditumbuk hingga hancur)
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan sedikit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panasan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan ubi dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  2. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan, untuk sarapan pagi atau minum petang. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili padi..


7 comments:

aamalinaazman said...

Sdappppnyeee..huhuhu..sy ni dh la Pantang resepi kentang..suke sokmo..maseh pcm. Inspirasi menu esok..lalalalala ^_^

Raudzah Z said...

wah sedapnya..tak nampak macam ubi...kalau ubi rebus kita suka makan dengan kelapa and gula ..sedap!!!

Oh Oeya said...

Yummm..! Sangat suka apa saja berkenaan ubi.. Resepi ni pertama kali tau.. Tentu sedap :-)

adda syuhada said...

macam sedap jer...

yoshitaka nobuhito said...

MABELESNYER CHEF...

Cikgu Norazimah said...

Ni masakan ala jawa..mmg sedap ! kalau CN mesti letak cili padi, baru pedas berasap ! hehe

ika~~ said...

my baby br 6bulan,ada org ckp xleh mkn ubi2 and labu lg..btul ke?ubi kayu ni dhla my feveret ;(

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.