BEN ASHAARI

Tuesday, December 10, 2013

SAMBAL TUMIS TELUR PINDANG...

rsz_sambal_tumis_telur_pindang
Salam semua, alhamdulillah, banjir pun beransur pulih walaupun ada lagi kawasan2 yang masih terlibat. Dalam masa sama, ramai juga yang mengadakan majlis2 perkahwinan. Di Johor, ada yang masih mengekalkan tradisi memberi telur sebagai buah tangan pada tetamu. Ada 3 jenis telur digunakan, untuk bunga telur mereka akan guna telur asin, untuk tetamu ada yang guna telur rebus biasa dan juga telur pindang, tapi ini semua bergantung pada budget. Apa tu telur pindang?...Telur pindang ialah telur ayan yang direbus dengan rempah ratus dan herba2 tertentu untuk mendapat kaler yang gelap. Ada juga mencampurkan kicap. Ia direbus 2- 3 hari dengan api kecil hingga telur berubah warna. Rasanya unik dan harum. Ada orang suka dan ada yang tak. Sabtu lepas che mat ke majlis perkahwinan anak sepupu che mat di Kluang dan masa balik kami dibekalkan berkat dan juga beberapa biji telur pindang. Dan hari ni che mat ambik 8 biji dan ku buat sambal tumis....

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji telur pindang, kupas dan goreng hingga perang, angkat dan toskan
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar\

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air, bila mendidih, masukkan telur pindang yang telah digoreng. Kacau dan masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah bawang besar, kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....nak ngam lagi, anda hidangkan juga bersama kicap lemak manis JALEN....ehemm...


5 comments:

Qashmere said...

Tengok ni meleleh air liur time time hujan. Makan dengan nasi panas. MALATOPPPPPP!

Mek Onie said...

mulai sekarang,blog pokcik mat sebagai chef kita,mihmihmih :D

Lynn Munir said...

Mesti sedap ni.Dan kebetulan saya memang suka telur pindang. Kat KL memang susah nak dapat.

Afasz said...

sedap tp sy tak suka telur pindang

Intan Zairina said...

Pernah makan telur pindang, tp tak kene dgn selera... Tp sambal telur mmg sedap...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.