BEN ASHAARI

Sunday, December 8, 2013

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI PADI...

rsz_gulai_nangka_muda1
Assalammualaikum....agak lewat che mat kemas kini kan entri blog. Alhamdulillah hari ni seakan hari raya pukak, bila tetamu datang silih berganti. Cuaca ditempat anda bagaimana?...Sedenak mendung dan hujan renyai2. Dengan keadaan banjir masih berlarutan di kawasan2 pantai timur semenanjung dan juga beberapa  tempat lain, ia agak membimbangkan. Kadang2 bila che mat pos gambar makanan di FB, rasa bersalah juga, yelah kalau ada yang ternampak di timeline dan kebetulan mereka2 itu mangsa banjir, pasti mereka rasa kurang senang. Tapi che mat tak boleh nak buat apa, sebab blog ini memang berkisar pada resipi, masakan dan makanan, betul tak?..minta maaf yea jika ada yang kurang senang..Hari ni che mat masak lemak cili padi nangka muda sama tulang ikan masin kurau. Semua atas saranan bonda, plan asal che mat nak masak kari sama daging, tapi sebab kesian kat Bak, takut lah penyakit gout dia berbalik walaupun buat masa sekarang ni Bak sihat walafiat. Masakan ini seperti gulai2 tradisi yang lain, ia akan menjadi lebih enak setelah 1-2 jam dimasak, oleh itu anda boleh masak awal pagi dan bila tiba masa hidangan untuk makan tengah hari, rasanya sudah cukup elok dan mesra....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siang disiang
5 - 6 ketul tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
25 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka mudah dicelur hingga 1/2 empuk, toskan. Tulang ikan kurau dicuci, kemudian rendam selama 1 jam. Ketepikan.
  2. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan) dan asam gelugor, kacau dan terus memasak hingga nangka empuk.
  3. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau jika anda ingin rasa yang lebih mantap, biar 1 -2 jam sebelum dihidangkan..


3 comments:

Khalid Kyle said...

Tetiba teringat masak lemak rebung my mum,kalau dpt time2 hujan ni memang meletup :)

Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

adda syuhada said...

nampak sedap nangka `tu...dah lama xmkN...

Aku Penghibur said...

aduhh jadi teringin plak ..nie nak suruh mak masakan nie

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.