BEN ASHAARI

Monday, December 2, 2013

MI HOON GORENG TAUCO ALA JOHOR....

rsz_mi_hoon_tauco (1)
Assalammulaikum, malam ni baru ada masa nak update blog. Hari ni hujan sepanjang hari dikampung che mat dan dah tentu tempat2 lain juga. Pagi tadi che mat goreng mi hoon untuk sarapan dan masak menu2 simple untuk makan tengah hari. Dan lepas tu ada hal lain yang kena diselesaikan. Masa untuk update blog memang ketat.  Jadi malam ni che mat update mana yang sempat. Hmmm, maklumlah berblog ni kena ikut masa kita, tak boleh nak mengadap 24 jam sehari yea tak. Ok, mi hoon goreng tauco biasanya dimasak oleh orang2 Johor, kalau di negeri2 lain ada, pun takpe. Kalau diperhatikan ia ada pengaruh cina. Sepekara lagi kucai antara yang wajib ada kalau goreng mi hoon tauco, itu yang che mat biasa lihat lah. Kali ni che mat guna udang bersaiz kecil, kata Bak, udang kecil lagi berperisan dari udang besar2 tu...Ada betul juga. Che mat tabur juga dengan isi ayam goreng sebagai hiasan dan dimakan bersama cili hijau jeruk....Walaupun ramai dah tau nak buat, tapi untuk yang tak biasa, che mat kongsi resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut dan toskan
1/3 cawan isi udang
1 cekak kucai, potong pendek
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 biji telur, dibuat telur hancur
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar tauco
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan (kalau tauhu kecik guna 2 keping)
Kicap cair secukup rasa
Hirisan isi ayam goreng untuk hiasan
Cili hijau jeruk untuk dimakan bersama mi hoon

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Masukkan cili kisar dan sos cili. Kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah tauco, kacau dan masak sekejap.
  2. Masukkan udang, tauhu dan telur hancur. Gaul rata dan masa hingga udang berubah warna. Masukkan mi hoon, gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair secukupnya. Masukkan taugeh dan kucai, gaul rata2 dan masak sekejap.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur isi ayam dan hidangkan bersama cili hijau jeruk. Boleh juga dihidangkan bersama hirisan timun dan sos cili kegemaran anda.


4 comments:

Zalina Hassan Zamri said...

LAPOR!!!!! SAMBIL2 TU jom join GA http://miszalina.blogspot.com/2013/12/sweet-sour-of-lfe-giveaway.html

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

seingat Kak Sari, dulu-dulu kalau makan mihun goreng mesti ada taucho, la ni jer dah takde. rindunya mihun ada taucho tapi takut plak cik abe tak makan.. huhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

seingat Kak Sari, dulu-dulu kalau makan mihun goreng mesti ada taucho, la ni jer dah takde. rindunya mihun ada taucho tapi takut plak cik abe tak makan.. huhu

Adline Writes said...

Sangat sedap! Saya org Johor jadi mmg suka sgt mihun taucu ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.