LEMAK TEMPOYAK IKAN AIR TAWAR...

rsz_lemak_tempoyak_ikan_sungai
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Hari ni che mat masak ikan sungai atau ikan air tawar atau fresh water fish kata omputeh. Ikan sungai yang che mat guna jenis ikan 'terebol', tau2 ajelah musim2 hujan ni kan paras air sungai naik dan ada yang pasang jaring untuk mendapat ikan. Bonda amat suka ikan sungai yang dimasak lemak tempoyak. Kalau ada petai, anda boleh masukkan sekali dan sudah pasti gulai anda jadi lebih enak dan beraroma. Satu nak kasi tau, ikan air tawar punya tulang yang banyak dan berselirat, jadi bonda selalunya akan goreng dulu sebelum dimasak. Dan che mat sendiri suka style macam ni, ikan digoreng sedikit agar mudah untuk dimakan dan ikan tidak hancur bila dimasak. Bagi anda yang tak makan ikan air tawar atau ikan sungai, boleh lah guna ikan yang biasa anda makan....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan terebol bersaiz sederhana (sejenis ikan air tawar)
3 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
350 ml pati santan
1 1/2 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, bilas dan cuci bersih. Kemudian lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus ke dalam periuk bersama tempoyak dan serai titik. Tuang santan cair dan kacau rata. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan asam gelugor. Masak sekejap dan jika perlu boleh tambah sedikit air. 
  3. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Post a Comment

9 Comments

  1. mengancam nampak gulai tu mat.. pekat sungguh. tak pernah lg akak msk tempoyak bersantan gini.. selalunya msk asam tempoyak tu je..
    ikan sungai ni mmg byk tulang.. nak mkn kena hati2.. kalau buat pekasam pun sedap ikan sungai ni kan mat..

    ReplyDelete
  2. salam CMG...nampak sodappp.

    aritu saya ada dapat ikan patin, teringin nak buat masak tempoyak cenggini tapi kakak ipar tak makan tempoyak la pulaks hehe. so kita masak lemakkan aje patin tu...

    ReplyDelete
  3. wow masak tempoyak. lazatnya. style masak macam mak mertua. masak pekat

    ReplyDelete
  4. salam jumaat MG
    telan air liur tengok lauk tu

    ReplyDelete
  5. memang sedap.. kegemaran saya juga ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Kuahnya pekat dan mengancam mata serta selera. Yummy.

    ReplyDelete
  7. sedapnya! thanx for sharing!

    ReplyDelete
  8. Amboiiiiii........sedapnyerrrr....kat sedenak boleh dpt ikan terebol....kat kg n9 ni susah nak jumpa....bertahun tahun dah x dpt rasa terebol ni...

    ReplyDelete
  9. Aihhg..x de yg x peveret kalo dh msuk tiffin biru ni..haha..kalo x mkn tempoyak bukn org peghok le tu..kiki sdapppp ^_^

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.