BEN ASHAARI

Thursday, December 5, 2013

KADANG - KADANG MEREKA LUPA KAMI NI SIAPA...

(gambar sumber : Google)
Blogger masak2 antara genre blog yang memeriahkan lagi dunia blogging di alam maya ini. Tidak dinafikan kewujudan kami tak sikit banyak memudah kerja banyak pihak. Terima kasih dan sama-sama, jika ada yang sudi mengucapkan ucapan terima kasih pada kami. Dulu dipandang sepi, maklumlah hanya blog masakan, tapi dalam diam ada jugak yang cuba mempergunakan kami untuk kepentingan sendiri. Lumrahlah nama pun manusia, menyedari kesilapan bukan lah selama2nya, ada masa akan melakukannya kembali tanpa disedari..

Apa che mat merepek2 nihh!!....Bukan merepek cuma keluhan yang hanya kami blogger2 masakan saja yang faham. Memang blogger lain pun pernah mengalami kes2 yang serupa malah lebih mengaibkan contohnya macam kes ini... Che mat heran lah, dalam dunia serba mudah ini, cara mereka untuk mendapatkan duit pun mudah juga kan...Baru2 ni di FB, kecoh dengan satu page yang mengenakan bayaran pada mereka2 yang ingin di TAG dengan resipi pilihan mereka, dan admin page tu pulak bukan lah masak sendiri, cuma merayau ke blog2 masakan, ambik gambar dan resipi atau mungkin oter serba sedikit..dan diberi pada yang berkenaan setelah mereka bayar...Che mat tak pastilah wujud lagi ke tak page tu...Kenapa harus macam tu....tak rasa berdosa ke...haram hasil duit tu...

Dan che mat sendiri puas dah dengan isu2 macam ni, diplagiat, dicuri hasil kerja dan macam2 lagi lah!. Bila kami bersuara, ada lah kata2 belakang yang menganggap kami ni saja nak besar2kan isu terpencil atau nak kecoh2. Memang kami blogger masakan ni satu komuniti kecil, dah hak kami juga tiada perlindungan yang sewajarnya, boleh diperlakukan sesuka hati oleh mereka2 yang lebih berkepentingan. Walaupun sekarang telah ada sedikit kesedaran, tapi ia harus kerap di 'INGAT' kan kembalii agar kesilapan mereka tidak berulang....maaf bukan ditujukan pada siapa2...tapi sendiri mau ingat lah yea!!!..

......kadang2 bila ada isu macam ni, ada tu terus libatkan 'amal jariah'....Kami ni blogger2 masakan insha Allah memang seikhlas hati ber 'amal jariah' kan resipi2 kami dalam blog, yang telah kami cuba sendiri di dapur untuk mereka2 yang memerlukannya..Kami tak meminta apa2 bayaran. Jadi tak perlu lah guna isu tu jika ia melibatkan pihak anda dan pihak kami blogger2 masakan...Moga ia menjadi ingatan pada mereka yang bercadang nak melakukan aktiviti yang agak 'sensasi' ini....

7 comments:

rinduan citarasa said...

Ya Allah kejinya depaaa....

Ga DTS masih berkongsi dan sentiasa memberi idea buat kami.


Terima kasih che mat tak jemu syer resepi pada kami

KyLe RiL said...

ambil kwsempatan atas kesusahan org mencari idea n senang2 je diaorg curi...

Mat Gebu said...

Sama2 ayu..terima kasih juga utk ayu..

Mat Gebu said...

Huhu....mcm tu lah...nak kata apa..penat dah..

Akmall Razlan said...

abang Mat, kuatkan hati yer. Bang Mat, saya nak berterima kasih kat Abang Mat sebab bila sahaja saya check saya punya status kat blogspot, TiffinBiru adalah URL yang sering menjadi penyumbang kepada saya, begitu juga abang Ben, terima kasih, saya tak tahu nak balas camne.. terima kasih Abang Mat.
Tapi dalam hal ni, manusia memang camtu, tapi in shaa Allah, kalau saya tetiba berblog walking ke, terjumpa hasil kerja abang Mat, nanti saya laporkan kat Abang mat yer? jangan putus asa abang Mat, in shaa Allah, ia akan dibalas nanti..

Aza/Rin/Na said...

...hari ni akak beli kicap Jalen Manis che mat kat tesco ... mmg niat nak beli kicap yg selalu tu tapi bila ternampak kicap Jalen terus teringat kat che mat ... terus akak ambil sebotol tanpa menoleh ke brand lain dah .... :-) tima kasih ya

Nina Najib said...

Teringat masa mula2 kawin 6 tahun lepas. Memang tak reti masak! Blog che' mat & Kak Liza (Hanieliza ~ skrg dh jd chef glemer) lah yg jadi sumber rujukan. Sampai sekrg, saya kalau nk masak spagheti, mmg guna resepi kak liza. Kalau masak mee jawa, guna resepi che mat.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.