BEN ASHAARI

Wednesday, December 4, 2013

DALCA....DI WAKTU HARI HUJAN..

rsz_dalca1
Assalammualaikum, salam Rabu...Hujan sepanjang hari dan banyak kawasan di beberapa negeri sudah dinaiki air. Berhati dan pada anak2 dan jangan suka2 mandi air banjir, bahaya kerana waktu2 macam ni anda tak boleh nak pastikan parit ke, sungai ke atau kawasan2 yang dalam, sebab semua nampak sama rata. Satu lagi arus yang kuat juga boleh menyebabkan anda dihanyutkan air dan dibawa ke kawasan yang lebih bahaya. Untuk hari ni che mat masak dalca. Plan dari semalam memang nak masak dalca. Che mat guna daging belen dari raya haji tu hari. Kalau nak sedap boleh guna daging tetel. Selain daging lembu, daging kambing pun sedap dimasak dalca. Ayam pun ok, tapi kurang sikit lah dari segi rasa dia. Tapi ini semua atas pilihan anda, masak sajelah asal ada yang nak makan. Masak dalca sesuai digandingkan dengan nasi2 berperisa seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari, roti canai dan sebagainya. Nampak bahan2 macam banyak, tapi cara memasaknya memang mudah sangat...Ok che mat tulis resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging
1 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
2 biji tomato, potong 4 setiap 1
6 tangkai kacang panjang, kerat pendek
3 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap 1, rendam
1 batang lobak merah, dipotong berbaji
1 biji terung ungu, potong kiub, rendam
1 cawan kacang dhal, rebus hingga kembang
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus setiap 1, rendam
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap 1, rendam
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
4 camca besar penuh rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar gula melaka
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecik, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris, kemudian rebus bersama sedikit halia dan bawang putih yang diketuk hingga daging lembut (che mat rebus guna periuk tekanan, 15 minit saja dah empuk). Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (lebih sedikit). Masukkan bahan2 tumis dan serai titik, masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah dan masak hingga rempah garing. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan kentang dan lobak merah, toskan dulu air rendaman. Kacau rata dan masukkan daging berserta air rebusannya sekali. Kacau dan bila mendidih tuang santan cair. Biar mendidih hingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, kacang panjang, terung (toskan), kacang dhal dan belahan cili merah/hijau. Kacau dan biar mendidih. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan gula melaka. Kacau selalu dan masak dengan api sederhana. Akhir sekali tambah tomato. Biar masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti canai..


1 comment:

Halalan said...

Salam mat..sy ad perancangan nk mulakan 1 perniagaan nasi kukus..tp bab gulai tu sy gagal..kenapa sy pergi ke kedai2 nasi kukus nie gulainya spt dalca..pastu bau wangi yg kuat mcm bau bawang..btl ke gulai kelantan nie byk pki bawang???

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.