BEN ASHAARI

Thursday, November 14, 2013

SUP IKAN vs SAMBAL KICAP..

rsz_sup_ikan_hh
Assalammualaikum, salam 10 Muharam, selamat berpuasa bagi anda yang berpuasa. Plan berbuka apa petang nanti?..Kalau sup ikan pun bess juga kan, macam che mat buat semalam. Sebenarnya che mat nak masukkan entri sup ikan ni semalam tapi atas sebab2 yang tak boleh dielakkan, terpaksa ditunda ke ni hari. Memandangkan ramai yang berpuasa hari ini, maka diharapkan entri sup ikan dapat memberi anda idea memasak. Jenis ikan terpulang pada anda, tapi pada che mat ikan merah paling sesuai dibuat sup. Cuma che mat takde stok ikan merah, maka ku belasah ikan sagai, not bad lah sedapppp!!.. ke sebab masa makan tu tengah lapar..erkk!! . Selain ikan merah, ikan ayam juga sedap dibuat sup, rasa seakan2 ayam sikit. Che mat campur juga kentang, lobak merah dan putih jagung dalam sup ikan ni. Sedap kalau dimakan banjir bersama nasi, lepas tu topup pulak dengan sambal kicap, perghh...berpeluh beb!!..Kita lihat resipi, jommm!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan sagai atau ikan merah (atau ikan pilihan anda)
2 biji kentang, kupas belah 4 dan rendam
5 batang putik jagung, belah 2 setiap 1
1 batang lobak merah saiz kecil, potong ikut suka
1 sup bunjut ADABI
1 batang serai, diketuk
1/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sambal kicap untuk dimakan bersama sup ikan

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca teh lada hitam biji
1 inci halia

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), masukkan bahan tumis, serai titik dan tumis hingga harum. Tambah bahan tumbuk halus dan serbuk kunyit. Masak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 1200ml), masukkan sup bunjut dan ketang. Kacau dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan ikan dan lobak merah, masak hingga kentang empuk. 
  3. Tambah putih jagung, perasakan dengan garam secukupnya (kalau anda nak guna serbuk perasa pun boleh). Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama sambal kicap, nasi dan lauk2 lain...ehemmm..


4 comments:

KakNi said...

Best nya sup ikan, resepi ni bagus utk org yg nak diet macam saya nih... terima kasih MG

~emi~ said...

Bestnya. Sy tak pandai masak. Hehe :P

btw jom jenjalan singgah blog sy :)

Ieta Mat Saad said...

Wah... duduk 1st page entri ni... rank ke 2 plak tu. Hr ni nk masak mcm ni. hehe... tq Tn. Adnan

MAK TEH said...

Assalam che mat.
Hari ni dtg mencari resepi sup ikan merah
Nak jamu org demam.
Tq che mat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.