BEN ASHAARI

Wednesday, November 6, 2013

SAMBALTUMIS SOTONG TIN...

rsz_sambal_sotong_tin (1)
Assalammualaikum, salam Rabu...Mula2 ni hari che mat plan nak buat etri wordless Wednesday atau WW, tapi kensel sebab rasa tak bley nak berapa wordless sangat, nak juga berceloteh. Nak buat macam mana yea tak, dah semula jadi macam tu. Entri hari ni che mat share sambal sotong tin. Tempoh hari che mat masak sambal sotong tin tapi kan tak cukup, laju je habisnya, jadi che mat masak lagi. Guna sotong dalam tin saiz besar jenama REX. Harga bergantung pada tempat ianya dijual, kalau di Tesco 1 tin tu dalam RM 10+, kalau dikedai2 runcit biasa ada yang RM8+ hingga RM 9...Kenapa harga beza2 tu che mat kurang pasti. Resipi agak ringkas dan sambal sotong tin ini sedap disajikan bersama nasi lemak, lempeng, roti dan sebagainya. Makan dengan nasi putih pun sedap....Ok che mat kasi tulis dia punya resipi...psttt...che mat pun ada InstaGram...ehemm di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sotong dalam tin (jenama REX), ambil isinya dan potong ikut suka
1 biji bawang holland saiz besar, hiris bulat dan leraikan
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh sos cili JALEN
Garam dan gula secukup rasa
Secubit serbuk perasa (optional)

BAHAN-BAHAN KISA HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 cawan), tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata. Masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa dan sos cili. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah sotong tin dan bawang besar. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

8 comments:

Cik Eka said...

ni dpt nasi putih taruk kicap. meletopppp. hihihi sedapp

salwa ya said...

Sotong tin xpnh beli n makan..dia mcm sotong biasa ke sotong kembang tu..

Mat Gebu said...

@salwa ya - sotong dalam tin seakan2 sotong kembang, tapi rasa dia lagi sedap dan lembut..kalau nak beli che mat rekomenkan jenama REX tin kaler oren...

JunAina said...

Baru nak tanya soalan yg sama dengan Salwa tu... Thanks for info CMG...:)

Qashmere said...

Eh nanti nak cuba lah. Sotong keras tu nak kena rendam dalam air abu kan. Kalau camni boleh terus masak jer...Makan dengan nasi lemak panas-panas sedap niiiiiiiiih

strawberi said...

oh..bolehla simpan buat lauk standby...nk masak..anytime je kan...tq for sharing

radiah hamdi said...

Saya dah cuba memang sedap

kimberly kim said...

Cik Mat,kalau tk guna belacan,bolihkn?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.