BEN ASHAARI

Tuesday, November 26, 2013

ROTI PRATA TAMPAL TELUR....

rsz_roti_prata_tampal_telur
Simple sangat entri che mat yang ni, tak perlu resipi pun anda boleh buat. Ini sebagai idea untuk anda lebih kreatif. Rasanya dah banyak resipi olahan roti prata dalam blog DTS ini. Pagi tadi che mat saja lah panaskan roti prata jenama KAWAN, plan nak cicah kuah asam pedas ikan pari yang che mat masak semalam. Masa buat tu, tiba2 terpandang telur yang che mat beli semalam, terus idea nak buat roti prata tambal datang. Sebab apa che mat kata tak perlu resipi, sebab ia amat mudah, yang penting anda ada roti prata segera macam che mat guna ni, telur ayam dan sedikit garam. Kalau anda nak tambah bawang besar yang dicincang pada telur tu pun boleh juga. Selain kuah asam pedas, ia juga amat2 sesuai dengan dalca, sambal tumis atau kari ayam dan daging...semua boleh. Satu lagi prata tampal telur ni tak kira waktu untuk anda nikmati, pagi, hingga waktu malam pun sesuai. Che mat tulis serba ringkas cara2 nak buat dia...

BAHAN-BAHANNYA :-) 
1 - 2 keping roti prata instant jenama KAWAN
1 - 2 biji telur
1 biji bawang besar, cincang halus
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka
Kuah asam pedas, kari, kuah dhal atau sambal tumis untuk mencicah

CARA MENYEDIAKANNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci dengan sedikit minyak. Masak prata instat tadi hingga perang kedua2 bahagian, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam pan yang sama masukkan sedikit minyak, pecahkan telur dan kacau sedikit, kemudian tabur 1/2 bahagian bawang besar dan sedikit serbuk lada hitam (jika suka). Masak dengan api kecil hingga permukaan telur nampak kental.
  3. Letak roti prata yaang telah dimasak tadi atas telur, tekan2 sedikit dengan sudip agar ia melekat. Masak dengan api kecil 1 minit, kemudian terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai dan hidangkan..

3 comments:

akuanakpahang said...

Kalau perkena pagi2 mmg terangkat beb :) http://akuanakpahang.blogspot.com/

Jariah Mahali said...

Ide yg baik sejali.. i mmg ada simpan roti prata sntiasa

hans said...

Ini memamg favorite anak saya. Kalau pegi kedai mamak, dia panggil roti tampal tapi tak ada la dia letak bawang.