BEN ASHAARI

Tuesday, November 19, 2013

RENDANG AYAM 'KELANTAN'...

rsz_rendang_ayam_kelantan

Assalammualaikum...salam semua. Hari ni Selasa kan?...grr, boleh che mat ingat Rabu, hadoi, kenapalah si mat tu.. Anda makan apa ni hari?..Che mat masak rendang ayam Kelantan. Dan resipi che mat dapat dari blog Puan Fauziah Abdul Samad atau lebih dikenali dikalangan blogger dengan nama Kak Jee, di sini. Dah banyak kali juga che mat jeling2 resipi rendang ayam Kelantan ni, macam sedap aje, macam bess aje...macam nak buat aje.. Dari asyik 'macam-macam' manjang, maka hari ni che mat rajinkan diri untuk membuatnya. Bukan nak kata apa rendang ini antara termudah untuk dibuat dan bahan2nya pulak tidak banyak. Bagi che mat lah kan, tiada alasan 'tidak' kalau anda nak cuba membuatnya....

rsz_rendang_ayam_kelantan1
Che mat gunakan ayam pencen atau ayam tua untuk rendang ini. Tapi dalam resipi nanti, che mat tulis ayam biasa lah yea. Kalau anda guna ayam pencen dan untuk mempercepatkan proses memasak, bolehlah anda buat menggunakan periuk tekanan, kemudian keringkan dalam kuali hingga rendang kering (atau tidak berapa kering, kali nak cicah pulut kuning ke, elok rendang yang basah2 sikit). Bagi yang suka pedas, boleh tambah cili padi, sebab Bak tak boleh makan pedas, che mat hanya guna cili merah hidup sahaja. Ok, jom kita lihat resipi dan terima kasih che mat pada Kak Jee, sudi berkongsi resipi rendang ayam Kelantan yang mudah, cepat dan sedap nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1.4 kg), dipotong pada saiz sederhana
15 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup (che mat tambah)*
10 biji cili merah*(*dikisar halus)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai)
4 batang serai, diketuk
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor (che mat tambah)
2 helai daun kunyit, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai titik dan bahan kisar halus. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
  2. Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
  3. Bila rendang kering (tapi masih lembap dan bekuah sedikit), masukkan hirisan halus daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi berperisa (seperti nasi minyak, beriani dan sebagainya), nasi impit dan ketupat...Selamat mencuba!!.


14 comments:

A.B.M said...

che mat, apa beza rasa rendang ni dengan rendang biasa?

aDisH.sHidA said...

macam sedap je kan...ringkas jugak resepi nya..jarang wat rendang lepas nie boleh cuba

Ummi said...

Alaaaahh, aiii tau la aii x mampu beli periuk tekanan...so gunalah ayam dara...sekejap jer masak kann...kan....hehehe

Mat Gebu said...

@ABM - hmm xceli pada che mat rasa dia macam masak lemak cili padi yang kita masak sampai kering...tapi sedap dan rasa dia lebih 'lite' dan tidak membebankan dengan rasa rempah ratus terlampau kuat..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haaaaaaaaaaaa... yang ni Kak Sari menang ni sebab Kak Srai dah buat dulu dari Che Mat, hehehe.. tapi bab presentation, memang tak bleh lawan Che Matlahhh, hihihi...

http://sariyusa.blogspot.com/2012/03/rendang-ayam-kelantan.html

❤Kamsiah❤ said...

ketupat,pulut kuning,lemang..walaaaa.....makan mcm tu pun sedap ja rendang ni

Umie Jazz said...

CM nmpk mmg sedap nnti bolelah dicuba...

Lydia Miza said...

Nampak ada kelainan bila x guna rempah kari. Tq sudi kongsi resepi cm , jemu juga asik mkn rendang biasa

huda said...

hai..

blogwalking,
nice blog..

visiting me back
hudakassim.blogspot.com

qaseh dalia said...

haaa baru je lepas tgk blog akak fauziah .. bila leh rasa ni pulak ekeke

azian said...

errr...
cik mat...ingat ayam yg beli kat kelantan....kikikiki

radiah hamdi said...

Cam best jerrr

Natrah Mohamed said...

Macam sedap. nak cuba buat ni. Terima kasih Che Mat

Natrah Mohamed :)

AriedaWanda said...

Sedapppnya....nak cuba laa buat rendang raya haji ni..hihi..
nice blog...

Follow back..ariedawanda.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.