BEN ASHAARI

Sunday, November 10, 2013

RENDANG DAGING ALA MINANG...

rsz_rendang_minang
Assalammualaikum, salam hujung minggu.....masak apa ni hari?..mesti ada antara anda berlibur di luar bersama keluarga atau memenuhi undangan majlis perkahwinan dan sebagainya. Hari ni che mat berkongsi resipi rendang ala minang yang che mat buat semalam untuk digandingkan dengan pulut kuning. Sudah jadi gandingan sesuai jika ada pulut kuning, mesti ada rendang, baru nampak serasi. Untuk rendang ini che mat guna 1 kg daging batang pinang dan santan dari 1 1/2 biji kelapa (kurang lebih 1 liter). Selalnya rendang minang agak pedas dan tidak menggunakan kerisik memandangkan jumlah santan yang agak kaya. Tapi che mat letak kerisik dan rendang ini tidak lah pedas sangat sebab penggunaan cili padi yang minima. Dan ini juga antara hidangan yang che mat hidangkan pada tetamu semalam, Ady, Sunah dan Azila Aji. Kalau anda ingin mencuba, resipi seperti di bawah ini...

BAHAN-BAHNNYA :-)
1 kg daging batang pinang
1 liter pati santan
2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
4 biji buah keras, hiris
30 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging batang pinang, dipotong kiub, cuci dan toskan. Masukkan ke dalam kuali bersama bahan2 kisar halus dan cili kisar, kacau rata dan masak hingga daging kecut dan airnya sedikit kering. Tuang santan, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kerisik, kacau dan terus memasak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan gula melaka. Kacau dan terus memasak hingga rendang kering. Masukkan daun kunyit, dan kacau. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan bersama pulut kuning...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda guna daging pejal biasa, dan jika daging masih belum empuk dalam proses memasak, anda boleh tambah air panas dan sambung memasak hingga daging empuk. Pastikan rendang diisi dalam bekas yang bersih dan kering, biar betul2 sejuk baru ditutup untuk mengelakka rendang cepat rosak. Selamat mencuba!!..


4 comments:

Mawardi Yunus said...

umangai bestnya

Farid NZ said...

Gula melaka dan kerisik membuatkan rendang ini sedap!!

Yatie Mokhtar said...

sedap sgt..feveret saya tu...

ummufawwaz said...

salam cik mat..rendang ni tak da serai ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.