BEN ASHAARI

Saturday, November 9, 2013

PULUT KUNING....BUKAN KERANA BERNIAT...

rsz_pulut_kuning
Assalammualaikum, hari ni che mat buat pulut kuning...errrr...bonda yang buat..hehe, che mat hanya menyiapkan bahan dan kelengkapan dari proses merendam pulut malam sebelumnya, parut kelapa, perah santan, kukus pulut dan tiba bab2 menyantan pulut kuning, bukan menyetan yeaa, bonda yang buat. Maklumlah kalau berdepan dengan orang yang lebih berpengalaman ni agak berdebar2 gak, kalau tersilap, tak pasal2 kena "sound" sekali. Untuk digandingkan dengan pulut kuning, che mat buat rendang ala minang, yang tu esok2 lah yea che mat kasi resipi. Anda perasan tak orang melayu kita kalau ada niat atau nazar, mereka akan buat pulut kuning, selain bubur putih bubur merah...errr..bukan lagi elok bernazar puasa kerana Allah ke? .Tapi pada che mat, takde niat2 dee, kalau aku rasa nak, ok, nak buat. Kalau yang bonda teragak, dia pun akan sebut2 nak buat. Dan kebetulan hari ini che mat menerima tetamu yang memang gemarkan makanan berasas kan pulut. Jadi sesuai lah kan...Resipi sebenarnya che mat tak boleh nak kasi detail sangat, tapi che mat tulis lah juga serba ringkas..kalau dulu jenis shortcut, tapi yang ni lebih tradisi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg beras pulut
1 keping asam gelugor
1 camca besar serbuk kunyit
Air secukupnya
2 1/2 cawan pati santan (kurang lebih)
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Rendang, sambal tumis, serunding atau kari untuk dimakan bersama pulut kuning

CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras pulut, kemudian rendam dengan air secukupnya (hingga pulut tenggelam), masukkan serbuk kunyit, gaul rata. Masukkan asam gelugor dan rendam sekurang2nya 8 jam atau semalaman. Kemudian toskan pulut tadi dan keluarkan asam gelugor..
  2. Panaskan kukusan. Ambil bahagian kukus yang berlubang. Alas bawahnya dengan tudung periuk (bawah bahagian luar kukus, bukan bawah bahagian dalam kukus), pastikan tudung periuk tadi mentutupi semua bahagian lubang kukus. Letak sebatang sudip kayu dibahagian tengahnya.
  3. Kamudian masukkan pulut yang telah anda tos tadi dan ratakan. Biar seketika. Bila air dah mendidih. Berhati2 angkat kukus yang berisi pulut dan letak atas air mendidih. Baki2 pulut yang turun pada tudung periuk tadi anda masukkan balik, letak daun pandan. Kukus selama 25 minit dengan api besar.
  4. Kemudian alihkan pulut ke dalam bekas, keluarkan sudip kayu tadi. Tuang santan yang telah ditambah garam secukup rasa, sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Masukkan balik ke dalam kukus. Buat beberapa lubang pada pulut tadi dan kukus lagi 20 minit atau hingga masak. Keluarkan dan biar sejuk. Boleh hidangkan bersama rendang, serunding, sambal tumis atau kari...
CATATAN MAT GEBU :- Anda tak perlu alas lubang kukus tadi dan insha Allah pulut tidak akan keluar, dan tudung periuk yang anda guna hari boleh menutup semua lubang2 kukus sebelum anda letak pulut...Selamat mencuba!!.

4 comments:

rinduan citarasa said...

Resepi mak yah macam Mak mertua Ayu..

memang sangat setuju.. cara macam nie kita tak takut beras pulut masih jelatah atau sudah betul2 masak...

Sunah Sakura said...

sedap sangatttttttttttt..banyak gila makan tadiii...sekarang duk angin je..berangin ke masalahnya makan pulut? ahahahah

Nour Madihah said...

uuuu... sedapnyeeee....

aDisH.sHidA said...

sedap nya,.lama xmakan dengan pulut kuning..nak2 dengan rendang jawa tu...nak jugak