BEN ASHAARI

Wednesday, November 13, 2013

MI GORENG BASAH KUYUP..

rsz_mi_goreng_basah_kuyup
Assalammualaikum, entri lewat malam. Siang tadi sibuk sikit dengan urusan2 peribadi dan peribody...hehe. Ok lah entri santai2 aje malam ni, mi goreng basah kuyup, errr sebab terlebih basah, maka che mat tambah 'kuyup' kat depan dia. Ini mi goreng biasa2 saja, tapi nampak bess kan, nak2 bila basah2 dan rasa yang ehem ehem dengan penggunaan kicap JALEN. Che mat goreng dalam 500 gram macam tu...eh, rasa2nya 500 gram lah atau kurang sikit, sebab main agak2 saja, takde nak timbang2 bagai. Satu kelemahan mi goreng basah macam ni, ia kena dimakan segera, kalau lambat makan dah tak jadi mi basah sebab mi tu dah serap segala ke'basah'an yang ada, tinggal jadi mi lembap. Mi macam ni paling enak dimakan panas beserta cili jeruk..anda boleh lihat resipi cili jeruk di sini. Ok jomm che mat kongsi resipi, kot2 lah anda nak goreng untuk sarapan atau minum petang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
1 genggam longgar taugeh atau secukupnya, cuci dan toskan
1 cekak kucai, kerat pendek
20 ekor udang saiz besar
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sambal tumis
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar sos tiram JALEN
4 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar kicap pekat JALEN
Kicap masin JALEN secukupnya
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Cili hijau jeruk untuk dimakan bersama mi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kulit udang dengan 1 cawan air selama 5 minit, toskan dan ambil air rebusan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram, kacau dan masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras. Kacau rata, masukkan kicap lemak manis,kicap pekat dan air rebusan kulit udang, kacau dan biar mendidih. Tambah mi kuning dan gaul rata. Masukkan kucai dan taugeh, kacau rata, masak dengan api sederhana.
  3. Rasa dan jika perlu baru tambah kicap masin secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan segera bersama cili hijau jeruk.


7 comments:

Farid NZ said...

Wow.... Nampak sedap!!! dan menarik.... InsyaALLAH akan saya cuba!!

Arya Estinengtyas said...

pergh.... Nampak sedap ni. boleh la try :)

Arya Estinengtyas said...
This comment has been removed by the author.
Ros Mat Saad said...

nampak sedap...
nama pun dah lawak, sempena musim hujan kannn??? ;)

Montana said...

wowww sedapnyaa

radiah hamdi said...

Sedapnya

Suzie Razak said...

sedapnya..teringin pulak nak masak la jap gi :-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.