BEN ASHAARI

Wednesday, November 6, 2013

LEMPENG SUSU CAIR....YANG LEMBUTT....

rsz_lempeng_susu_cair
Pandai buat lempeng pekak (atau lemping tepung yang biasa2 tuu). Bila entri che mat pasal lempeng aje, nanti ada lah yang berbunyi..."lempeng pun nak resipi keeewww?"...maklumlah ini kan cuma makanan biasa2, bukan pizza, waffle atau pun crepe durian...jadi tak yah tulis resipi pun takpe. Apa yang che mat tau lah kan, yang tak suka nak resipi tu, ialah mereka lebih suka tengok aje gambar semata, nak mencuba tu belum tau. Tapi takpe anggap aje satu hari nanti bila keadaan memerlukan, maka mereka akan mula mencuba. Apa yang che mat letak kat blog tak kesah lah resipi telur dadar sekali pun memang nampak 'tah hapa2'...tapi percayalah, ada yang masih tak tau atau kurang yakin nak buat. Dalam dunia ni kita tak terus pandai, kena belajar...Nak berjalan pun kita belajar..merangkak, bangun jatuh dulu, bukan beranak2 terus boleh jalan atau berlari (kecuali dengan izin Allah swt). Jadi che mat persembahkan lempeng susu cair yang lembut dan sesuai untuk mereka yang kurang gigi....errrkk...terasa mat gebu...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu cair 
2 cawan air
1/2 camca teh serbuk bawang (onion powder), optinal
Garam secukup rasa
Sambal tumis untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali garam dan sambal tumis. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa (che mat tak guna baking powder untuk resipi ini). Tapis dan rehatkan adunan sebentar...
  2. Panaskan non-stick pan (che mat guna pan saiz 9 inci), lenser dengan minyak makan. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendeng2kan pan, agak adunan merata. Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari pan, terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan..
  3. Hidangkan bersama sambal tumis atau apa saja yang anda suka. Banyak mana anda dapat bergantung pada saiz pan yang anda guna..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda nak ganti susu cair dengan susu segar pun boleh atau ganti dengan santan. Kalau guna santan kotak, anda guna 1/4 cawan sahaja dan selebihnya guna air. Kacau rata2 dan tapis adunan tadi. Serbuk bawang tu anda boleh di Tesco dan pasaraya2 besar... Selamat mencuba!!

18 comments:

memmetlenggeng said...

sedap juga

FnF Centre said...

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

yang baik Ishak said...

boleh cuba untuk sarapan pagi esok... tq :D

LadyBird said...

salam cik mat.. lady cube nanti :D
lady xreti msk.. hehehehe.. wlapun resepi simple tp lady x th :D
tq :D

LadyBird said...
This comment has been removed by the author.
LadyBird said...
This comment has been removed by the author.
LadyBird said...
This comment has been removed by the author.
Che Rosliza Che Mat said...

boleh saya cuba resepi nie nanti...untuk santapan anak2 saya...

Watanabee said...

saya pun tak reti lagi buat lempeng...cekodok leh buat, lempeng masih xpandai buat...hahaha..teruk nye la anak dara..hahah....

husna zahidi said...

hahaha..che mat pon panggil lempeng pekak ke..=P

AbduLNurul said...

Assalam..
xpe che mat,teruskan berkongsi resipi yg simple2 dan 'mcm senang je' tu..kalau ade yg mengata, die dah pro memasak la gamaknya tu..yg pasti,akan sentiasa ade orang yg x pro memasak(mcm sy contohnya),yg akan selalu tunggu resipi2 yg simple dan sodap.. keep it up che mat..

Lydia Miza said...

Cantik lempeng cm. terliur tgk. Err ada susu mesti lebih syok rasa dia ni. Nak jugak!!!

cik muntel said...

CM, Lempeng pun makanan jugak. sedap pe. Lantak la apa orang lain nak kata CM papepun...sekurang-kurangnya orang yang macam Cik Mun yang tak reti masak ni ada gak idea nak masak pe ari ni...

Rosfazila Abd Rahman said...

sometimes LESS is MORE kan CM? saya gune respi lempeng CM ni wat cekodok!anak2 suka!!cuba CM cbe!

misz aisya said...

untuk org yg xreti masak tp suke nak cube resipi, blog che mat mmg mbntu. lantaklah depa nak ckp ape. entah2, senyap2 diorg curi resipi telur dadar. haha

Rokiah Yusof said...

Suka try resepi Che mat...lain dr lain...tqvm..

Misz Sakura said...

sy dah buat petang td, mmg sedap & menjadi..1st time buat lempeng..hehe

My Sewing Memory said...

Assalamualaikum..selamat berpuasa...memang saya cari resepi yg best utk berbuka puasa...terliuq tengok resepi ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.