BEN ASHAARI

Thursday, November 7, 2013

IKAN SINGGANG SERANI......ITU LAH JAWAPANNYA....

rsz_singgang_serani (2)
Assalammualaikum semua, apa khabar...moga semua sihat sejahtera...errr..macam kata2 pembukaan majlis pulak. Sebenarnya kalau dah biasa menulis 'biasa2', tiba2 menulis secara formal, rasa semacam aje, rasa tak bess. Tapi blog2 yang ada nama seperti blog ini, dan blog2 lain kena lah tulis dalam keadaan teratur, tersusun dan macam2 'ter' lagi...Macam blog che mat takpe, sebab che mat tak mengejar apa2...(tapi ada gak yang mencilok ciptaan aku, tu pasal2 sekarang watermark sudah betul2 tengah gambar...untuk mengelakkan kejadian yang boleh mengeruhkan susana. Hmm, orang lain yang buat salah, tapi kita yang rasa serba salah..macam tu lah nasib blogger 'cikai' macam che mat nih.) Semalam che mat saja2 lah share bahan2 kat wall FB dan IG (InstaGram), dan ada yang bijak teka dengan tepat sekali yang che mat nak masak singgang serani, bijak kan dia orang tu, bak kata orang2 lama, sekilas ikan di air sudah tau jantan atau betina. Maka che mat pun masak seperti anda nampak tu, alaa menu biasa aje macam yang selalu anda pernah lihat di blog DTS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol (ikan tuna ) saiz sederhana
2 batang serai
1 kiub pati ikan bilis
2 keping asam gelugor
10 biji tomato ceri
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
7 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
6 biji cili padi merah Thai
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat kepada beberapa bahagian (che mat kerat 4 setiap 1), dibersihkan, cuci dan toskan. Serai dititik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), masukkan serai titik dan bahan2 tumbuk hancur, kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 1200ml), masukkan kiub ikan bilis, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor dan ikan, sederhanakan api dan masak hingga ikan masak. Tambah tomato ceri, perasakan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....hmmm...nyaman aje bila hirup kuah ikan singgang serani...

6 comments:

ZELDA said...

Salam Abang MG

Saya ni peminat setia abang MG selalu refer to your blog untuk cedok ilmu memasak ni, tak kiralah manisan atau lauk-pauk. Dan selalunya memang tak mengecewakan kerana hasilnya alhamdulillah.... Saya harap abang tak kecewa dan tak patah hati dengan orang yang mengata bahawa resepi sempoi pun nak diletak di blog. Memanglah nampak senang aje nak goreng telur atau sayur tetapi kadang-kala setiap keluarga itu mempunyai cara yang berbeza-beza untuk menghasilkan sesuatu masakan. Dan inilah yang akan mencetuskan kelainan jadi tak boringlah makan makanan yang sama ajelah setiap hari. Memanglah saya tahu goreng telur dadar tetapi apabila sekali-sekala goreng style abang MG, terasa kenikmatan dan kelainannya, tentu anak-anak dan suami suka. Ini juga boleh mencetuskan tajuk perbualan di meja makan. Jadi abang MG, teruskanlah usaha ini. Semoga usaha abang MG mendapat barakahNya. Saya pasti saya dan warga siber yang lain amat menghargai sumbangan abang MG. Terima kasih.

Mat Gebu said...

@ Zelda - terima kasih atas kata2 semangat...insha Allah, blog DTS akan bergerak seperti biasa, dengan izin Allah swt...

y@N@^y@Ni said...

betul tu CM
bukan semua orang pandai masak
walupun benda simple orang cari juga
saya tak padai masak asam pedas
sebab ajaran CM saya dah boleh buat...hehe

teruskan aje, orang cam kami
memang menyokong =)

yang benar, saya yana

umishas said...

bio kan mulut org cm..w/pn sempoi..tp dapnyeee..lapo trus tgok lauk ni..huhuhuhu

suma sue said...

Assalam che mat.. Bersyukur sgt d pertemukn dgn blog cm ni..byk dah resepi yg sy cuba dan alhamdulillah mmg mnjadi dan sedap..smlm buat kek keju chedar atyle cik mat tuk second time..mmg sedap sgt2.. Tqsm cm..jzkk

Farisya Anastasyia said...

LAPAR PULAK TENGOK IKAN SINGGANG NI ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.