BEN ASHAARI

Friday, October 11, 2013

ROTI TELUR....MACAM BESS AJEER...

rsz_roti_telur (1)
Morning semua....errr...ada kah che mat salah makan ubat pagi ni?..Kenapa..yelah pagi dah update blog, selalunya kalau tak matahari dah condong, jangan harap leer nak update. Entri sarapan ni bukan baru che mat buat, semalam punya sarapan tapi ni hari baru sempat masukkan ke blog. Setakat roti telur aje, bukan susah sangat budak darjah dua pun boleh bikin. Kadang2 agak pening jugak nak buat sarapan. Bukan tak boleh nak menghadap cornflakes atau cococrunch pepagi, boleh..tapi takkan mak dan ayah kita nak hadap benda tu hari2, merekakan dah biasa makan yang kampung2 punya macam cekodok, ubi rebus, keledek rebus dan sebagainya. Che mat sendiri pun ngaku, jemu sangat dah melantak Quaker Oat, atas nasihat doctor, che mat dah makan berkilo2 Quaker Oat setiap pagi sejak setahun lepas, muka aku pun dah iras2 pakcik Quaker Oat dahh. Dan sekarang che mat skip2 makan. Untuk roti telur ni che mat bikin dalam 4 keping aje, guna roti paun yang beli di Tesco, che mat kasi hiris tebal sikit. Kalau anda guna roti sandwich biasa mungkin dalam lebih sikit lah dengan jumlah telur yang che mat guna. Sebagai panduan mereka yang baru2 nak berjinak ke dapur atau orang bujang, meh sini che mat tulis resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping hirisan roti paun (che mat guna roti paun dan hiris 1 inci tebal)
3 biji telur gred A
2 camca besar susu segar
7 tangkai kucai, hiris halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang halus
1 camca teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu segar, kucai, bawang dan lada sulah. Kacau rata2 dengan garfu. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1/4 camca teh). Kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan, tuang 1 camca besar minyak (atau kalau anda nak lagi sedap dan nak lagi tambah kolestrol, boleh ganti minyak dengan mentega atau marjerin). Ratakan minyak dalam pan. Ambil sekeping roti, letak dalam kedudukan senget dalam bekas berisi bancuhan telur, kemudian cedok bancuhan telur tadi dengan senduk kecil dan siram pada ke dua2 bahagian roti (kalau anda celop roti macam tu saja, nanti hirisan bawang dan kucai tak melekat pada roti )
  3. Letak dalam pan. Buat 2 keping sekali buat (bergantung pada saiz non-stick pan anda).Goreng dengan api sederhana hingga keemasan dan nampak sedikit garing. Terbalikkan dan masak sekejap lagi. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk sarapan..

9 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hihihihi... dah lama tak jumpa Cik Mat.. betul ke muka dah jadi macam muka pakcik quaker oat nih???

uMMi 3Ds said...

Aslm...

lama sy tak jenguk blog Che Mat akibat kesibukan tugasan, tp bila jenguk sini and masih banyak entry seperti sedia kala, hati sy terharu... tak keterlaluan rasanya klu sy mengatakan Che Mat la one n only food blogger yg mengekalkan momentumnya dr dulu sehingga sekarang... besar sumbangan anda kepada kami...klu kami bosan dengan tugasan yg tak pernah habis, di sinilah tempat escapism kami... tp, sejak akhir2 ini ramai food blogger sudah tidak seaktif dlu apabila mereka mula mengkomersilkan produk mereka, mungkin akibat kekangan masa..kami as a follower agak kecewa.. Semoga Che Mat tidak jemu untuk terus berkarya...

Yatie Mokhtar said...

as salam..menu breakfast yg simple..sgt menyelerakan dan berkhasiat...

Hermiza Mohamad said...

assalamualaikum..

Thanks for sharing.. nampak gambar pun dah sgt menyelerakan :)

Maszie Fatah said...

Betoi cek mat..tgk gambar terrliur sudey..ptg nak buat ler :)

-<@ * Liana * @>- said...

Ya allah cek mat, sedapnya nampak roti telur ni. Dah la dua-tiga hari ni mmg tingin nak makan roti telur. Semalam baru je beli roti untuk buat roti telur utk bekpes esoknya. Aih, tak sabar ni nak buat :-)

yang baik Ishak said...

nampak macam sedap sangat... mesti cuba untuk anak2 rasa pulak. terima kasih Cik Mat untuk resepi ringkas yang hebat ini.

Tilah Maricar said...

Terliur sekejap Che Mat....

.: Si BungaKopi : . said...

Sy baru je baca resepi sini tgok2 rotikaya amik gmbr pastu crop watermark

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.