BEN ASHAARI

Thursday, October 24, 2013

OLD - FASHIONED PANCAKE...

rsz_old_fashion_pancake (1)
Assalammualaikum, apa khabar anda2 semua...che mat doakan agar anda sihat sejahtera. Dan alhamdulillah che mat dah ok, dah baik demam, dah boleh ganas2....GRRRRR...haa tuu dia teruihh jadi garang. Pagi tadi tak sempat nak masukkan entri pancake sebab ada urusan yang harus dibereskan...errr..duduk rumah ala2 suri rumah tangga pun ada urusan keeeew?....Soalan2 pelik yang orang selalu tanya. Habis tu ingat dok rumah tak boleh nak ada urusan lah yea, macam dia ni dok rumah tau, tapi urusan, padat...nko mampu?...Sila betulkan corak pemikiran anda agar lebih terbuka yea..Ok, cerita pancake pulak. Pancake ni che mat buat setelah melihat Kak Ida 1001 Resipi post gambar pancake di InstaGram dia...tergoda okehh!!. Seperti biasa che mat buat pancake yang mudah aje, yang tak perlu banyak bahan tapi yang pasti bukan pancake instat kotak mari punya (tapi apa salahnya kalau anda nak guna instant punya....tak dosa punn). Resipi che mat pernah tulis dalam entri lepas di blog ini. Tapi takpe, sebab che mat dah sehat, dah rajin dan dah garangg....grrr...maka che mat akan tulis sekali lagi....Dan sedia?..Ok jommm....((psttt InstaGram che mat di sini..))

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar (che mat guna susu rendah lemak)
2 camca besar gula kastor
2 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
Jam Strawberry, mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, gula halus dan garam. Kacau rata. Buat lubang di tengah2 tepung dan masukkan telur, kacau perlahan dengan whisk, kemudian tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga susu habis dan adunan sebati. Tuang mentega cair dan esen vanilla. Kacau rata hingga licin dan tidak berbintil2. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak (che mat celop kitchen paper towel bersih ke dalam sedikit minyak jagung, kemudian lenser atas non-stick pan). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah2 pan tadi. Biar adunan merebak sendiri. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kelihatan pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi dan angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan tadi...
  3. Hidangkan bersama mentega, strawberry jam atau madu. Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 8 keping pancake bersaiz comel....Selamat mencuba!!..


7 comments:

husna zahidi said...

jadi bulat kecik mcm tu sebab che mat guna pan jenis kecik ea??

nice!! =)

Mat Gebu said...

@husna zahidi - yang ni che mat tak guna pan kecik, tapi guna non-stick pan saiz besar (9 inci). Bila kita tuang ditengah2 pan, nanti dia akan rata secara semulajadi dan jadi bulat macam dalam gambar..

Nour Eyza said...

aduhh..sedapnya bunyi pankek tu. kalau sy panggil lempeng je. hihi.. tp nampak memang sedap la pankek che mat tu.. wuuuu..

Humairah Jimat said...

sedap nya..=)

Muhammad Khairuddin Lim said...

lempeng sedap...teko dan pinggan cawan cantik...suka saya.

GreenAppleKu.com said...

Berselera nak santap lempeng CMG.

Scarlett O'Hara said...

Old fashion pancake bukan lempeng kelapa ke? Hehehehe!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.