BEN ASHAARI

Monday, October 28, 2013

NASI GORENG TELUR ASIN...

rsz_nsi_goreng_telo_asin
Beberapa hari lepas che mat goreng nasi, dan seperti biasa gambarnya telah che mat upkan di InstaGram terlebih dahulu memandangkan nasi goreng satu resipi yang amat mudah dan popular di Malaysia maka hari ni che mat letakkan ia sebagai entri blog pulak. Sebenarnya ia bukan satu resipi yang sukar disediakankan. Semua orang boleh buat dan anda tidak terikat dengan bahan2..Nak letak udang, daging, sotong dan sebagainya, semua boleh. Dan kalau anda malas nak masak tengah hari, tak salah bikin nasi goreng. Senang dan ada masa lebih menyelerakan. Boleh ikut citarasa sendiri, suka pedas boleh tambah cili atau guna cili padi kalau tak suka pedas bila kurangkan cili. Jadi kalau tengah hari ni anda blurr...boring nak masak lauk pauk yang beraneka dan sebagainya..apa kata kita goreng saja nasi...errrr...nampak malas sangat eks...hehe takpe sekali sekala...yea tak surirumah bukan robot yang sentiasa diberi arahan, mereka manusia biasa juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan 
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
1 biji telur asin, dicincang halus
1 biji bawang besar, hiris
1 pokok kecil sawi putih, disiang berasingan daun dan tangkainya
2 biji cili merah*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukup rasa (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan. Masukkan bahan tumbuk halus dan tumis hingga harum. Masukkan bawang besar, kacau rata dan gaul dengan ikan bilis goreng. 
  2. Masukkan telur asin yang dicincang halus dan batang sawi, gaul ata dan tambah nasi sejuk, kacau dan masak sekejap. Tolak nasi ke tepi kuali, masukkan telur, jika perlu masukkan sedikit minyak. Bila telur kental, kacau dan gaul rata dengan nasi.
  3. Tambah daun sawi, gaul dan masak sekejap, rasa jika kurang masin boleh tambah sedikit sos ikan secukup rasa (che mat tak letak). Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas sama petai jeruk...ehemm...

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sari pun kalau dah takde idea nak masak, buat jer nasi goreng, nak makan.. makan, tak mo makan sudah... hihi

Kakzakie said...

La... petai jeruk kakak masa tengok gambar boleh ingatkan apasallah CM ni letak pistachios kat nasi goreng - ingatkan idea baru sebab ok kelihatannya:)

Rozita said...

saya kalau xde idea..nasi goreng.. jejemput.. benda yang mudah2..

syapex said...

mesti sdp mkn dgn petai...

Norzuraini Kamal said...

Pinggan ngan cawan tin tue sangat nostalgic

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.