BEN ASHAARI

Tuesday, September 17, 2013

UBI REBUS CICAH SAMBAL TUMIS UDANG PETAI.....PENGGSANNN!!...

rsz_ubi_rebus_sambal_petai
Salam semua, petang2 macam ni enak juga kan kalau dapat makan ubi rebus cicah sambal tumis petai, kena pulak dengan kopi panas...pendek kata ular lalu pun tak perasan, ular pun heran sebab orang tak perasan kan dia..haha. Kampung che mat bila petang aje mula mendung, redup dan hujan sekali sekala. Ada masa lebat, dan masa macam ni lah ada permintaan pelik2, ada yang nak ubi rebus, cekodok atau lempeng. Sebab che mat ada bikin sambal tumis udang sama petai, maka memang ngam sangat jika dicicah dengan ubi rebus. Dah memang rezeki, kenalan keluarga che mat hantar ubi, maka dengan rasa amat rajin, ku rebus ubi tadi. Kena pulak dengan cuaca mendung, berangin dan hujan renyai2....nikmatnya, bancuh kopi panas dan santap sambil bergosip hal negara, terutama pasal kenaikkan harga barang yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi...apa nak buat 20 sen ajeee...huhu. Satu lagi kalau rebus ubi, cm suka rebus hingga betul2 kembang dan berkanji, baru bess dimakan bersama sambal tumis atau kelapa parut dan ikan masin.....che mat share serba sedikit resipi sambal tumis...tang rebus ubi tu rasanya budak2 pun boleh buat, cuma kerat ubi pendek2, kupas kulitnya dan cuci, kemudia rebus dan tambah garam secukupnya, masak hingga ubi empuk, toskan dan masak sekejap lagi atas api hingga ubi kering. Boleh hidangkan... Ok che mat share resipi sambal tumis udang petai yea.. pstt dab tengok resipi istimewa cm di sini?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi udang, cuci dan toskan
5 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 camca besar pes asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (biar lebih sedikit), tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan  pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan tuang sedikit air. Masak hingga petai lembut.
  2. Masukkan udang dan bawang besar, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (yang ni kalau suka sambal manis sedikit, boleh tambah). Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus dan jangan lupa kopi panas....penggsann!!

9 comments:

Irfa said...

kalau sambal petai. baik makan ngan nasi..baru puas hati.hehe

PingNw Team said...

yummy2...

JunAina said...

Pertama kali makan ubi rebus bersama ikan kering dan sambal tumis saya sangat hairan sebab tempat saya biasanya makan cicah kelapa dan gula.

Umie Jazz said...

Aduh cm fengsannn dpt ubi rebus cicah sambal pastu ulam pulak dgn air kopi..klu ular patuk pn tak terasa sakit ni cm....

inahar ali said...

aduiii..sebelum akak fengsaaann baik akak lariiiiiiiikkk dulu!!! huhu..

adda syuhada said...

menarik....nak masuk list la resepi sambal CMG ni...nanti nak cuba..

zana fahmi said...

Alahai Mat, dah fengsan dari semalam ni haa...mimpikan ubi rebus tu. Camno ni?? Terus terang Mat, kakpb ni tak reti nak memilih ubi yg elok, boleh bagi tips tak?

fazianbatrisyia said...

makkkkk aiiii...mmg nak pengsan...lamanya tak dapat ubi rebus...

Lydia Miza said...

Sedapnya, mmg syok mencicah. Lama x makan ubi rebus, huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.