PERIA KAMBAS GORENG TAUCO...

rsz_peria_kambas_goreng_tauco
Salam semua, hari ni che mat tak masak apa sangat. Tatau lah tekak mula nak meragam. Semalam che mat masak asam pedas ikan merah dan masih berbaki, jadi hari ini tak perlu masak benda yang berat2 sangat. Ada peria kambas, ok kita goreng sama udang dan tauco, lepas tu ada juga sebiji betik mengkal, che mat buat bening. Bening betik bukan semua orang suka, tapi che mat suka, guna betik mengkal yang kemerahan tapi masih keras dan letak rencah ikan bilis, bawang hiris, bawang putih, daun kunyit dan garam secukup rasa. Rebus sampai lembut. Peria kambas pulak che mat belah 2, buang bahagian dalamnya dan belah 2 lagi dan hiris. Rendam dalam air garam. Selain masak macam ni, che mat juga suka kalau digoreng sama telur. Rasa peria kambas yang pahit2 lemak cukup menyelerakan, nak2 kalau anda masak pedas sedikit. Resipi kalau che mat tak tulis pun anda pasti dah biasa masak. Tapi mungkin tak sama yea tak...Ok resipi amat2 mudah, seperti berikut...anda dah lihat resipi pertama che mat di sini?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas saiz sederhana
1/4 cawan isi udang
1 camca besar tauco (cm guna tauco JALEN)
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam jika perlu (che mat tak letak garam)

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Secubit belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belah dua peria kambas, buang bahagian tengahnya, belah dua lagi dan hiris serong sederhana tebal. Cuci dan rendam dalam air bergaram. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan tauco dan sos tiram. Kacau rata dan masak hingga harum. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan udang, kacau dan masak hingga udang berubah warna.
  3. Masuk peris kambas (toskan), kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga peria lembut. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Angkat dan hidangkan...

Post a Comment

6 Comments

  1. wow, saya suka peria, tapi selalu saya potong nipis dan rendam air garam bagi kurang pahit

    ReplyDelete
  2. sedap...letak taucu yer. bolehlah mencuba.

    ReplyDelete
  3. xpernah lgi masak sendiri peria...selalu makan kt kedai jer klu peria ni..

    ReplyDelete
  4. Gempar! Angelina Jolie Cuma Ada 3 Tahun Untuk Hidup => http://syokbah.com/gempar-angelina-jolie/ Gempar! Angelina Jolie Cuma Ada 3 Tahun Untuk Hidup => http://syokbah.com/gempar-angelina-jolie/

    ReplyDelete
  5. unik jugak masak dgn taucoo x pernah sy cuba.. selalu letak udang sahaja... terima kasih che mat kongsikan resepi brillion ni...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.