BEN ASHAARI

Wednesday, September 25, 2013

LAKSA OPAH @ LAKSA KUALA YANG SEDAP SANGAT!!...

rsz_laksa_kuala

Assalammualaikum, salam Rabu...Dah makan?...Hari ni pagi2 che mat dah 'on' projek...Projek apa lah tu kan..dah tentu lah projek masak2. Kebetulan pagi ni cuaca mendung dan berangin, jadi nak buat kerja pun rasa bess aje, rasa rajin semacam. Untuk hari ini che mat bikin laksa. Laksa yang begitu sedap dan istimewa. Sebenarnya ini godaan dari Kak Ida 1001resipi. Che mat nampak gambar laksa di Instagram Kak Ida....dan tak pasal2 che mat tergoda...Kalau che mat tergoda, keadaan akan jadi parah sikit lah, teringat siang malam, cuma pantang che mat, kalau nak buat satu2 tu mesti cukup lengkap bahan2, kalau tak lengkap 100% pun, sekurang2nya 99% mesti cukup. Baru mood nak memasak ada. Laksa kuala ini laksa orang Perak dan bonda Kak Ida pakar menyediakan laksa kuala. Sebab itu che mat letak dua nama pada tajuk entri, laksa kuala @ laksa opah....

rsz_laksa_kuala2

Buatnya agak mudah dan seperti anda sedia maklum, untuk mendapat laksa yang sedap dan enak, ikan harus yang segar. Mesti ada yang tanya, laksa ni rasa dia macam mana, ok dari tekak che mat lah kan, laksa ni seakan2 laksa Penang, nak2 bila disudukan petis sebagai bahan penambah perisa sebelum dimakan. Pesan Kak Ida, untuk kuah laksa kuala anda tak perlu letak gula dan che mat memang tak letak gula, tapi che mat letak sedikit serbuk perasa. Boleh dikatakan laksa kuala ini hidangan yang sihat, takde minyak dan banyak ulam2man. Kira seimbang lah kan. Kalau anda jemu makan makanan bersantan, berempah dan sebagainya, che mat cadangkan anda cuba buat laksa kuala @ laksa opah ni, pasti anda akan teringat2 selepas itu....Sedappp!!...tak tipu punya. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
600 gram ikan sardine atau ikan selayang
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
4 - 5 keping asam gelugor
3/4 cawan cili kisar
4 biji bawang besar*
1 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
1/4 camca teh serbuk perasa
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
Timun, dihiris memanjang
Daun salad, dihiris
Cili padi, dihiris
Bawang besar, dimayang halus
Nenas, dipotong kecil

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (samada yang basah atau yang kering, kalau yang kering anda rendam dulu dan rebus hingga lembut)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
Petis untuk dimakan bersama laksa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan disiang, cuci bersih dan rebus (letak ikan dalam periuk, tuang air hingga ikan tenggelam) hingga ikan masak. Keluarkan ikan, biar sejuk dan asingkan isi dan tulangnya. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Tulang ikan dikisar halus dan tapis. Asingkan stoknya.
  2. Tapis air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, stok tulang ikan dan isi ikan yang ditumbuk. Tambah air lagi (che mat tambah lagi 1500ml air). Masukkan cili kisar dan asam gelugor. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api sederhana hingga kuah pekat sedikit (dan hilang bau cili kisar). Perasakan dengan garam secukupnya dan serbuk perasa. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api...
  4. UNTUK LAKSA OPAH @ LAKSA KUALA :- Letak mi laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai. Sendukkan kuah laksa (kacau dulu), kemudian tabur bahan2 ulam, yang ini ikut anda nak banyak atau sedikit. Letak telur rebus dan akhir sekali sudukan petis. Perah jus limau kasturi, gaul rata dan nikmatinya dengan penuh keenakkan.....hmmmm...2 mangkuk che mat makan laksa ni.

16 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum cm..nampak pun dah tau sedap...belum mkn lagi..maunya pengsan kalau dpt mkn laksa ni..

Eyrique Ettiqazz. said...

Nak sedap mkn laksa kuala mkn sekali dgn telur goreng. pasti terangkat. Ini resepi rahsia orang kuale kangsor. Ramai org luar terpinga-pinga bila diberitahu mkn laksa dgn telur goreng. Nak sedap mkn laksa kuale mesti mkn dgn laksa diperbuat drpd tepung gandum dan dan dan dan dan mesti kuah nyer cayo(baca: cair) sikit. Ah teringat kampung halaman

❤Kamsiah❤ said...

tiada kata yg nak dikata,melainkan..nak mintak semangkuk...:)

Maria Jaberi said...

che mat tulis yang last2 tu dah terbayang-bayang...saya ni hantu laksa..kalau hari2 buka posa ngan laksa,boleh lagi..hehehe

nea lopah said...

mabeles... mai semangkuk!

Danilicious said...

nampak sedap...http://mariamsalehan.com/

Lydia Miza said...

Tq resepi yg sudi cm share bersama ye

Anis Salmizan said...

terliur la plak tengok..ermm dap..dap

KLASIK NAJWAN (RA0026825-W) said...

nru tgk gambr dh sdp..klu dpt mkn mst lg sedap...
Checkout our latest Baju Kurung!!!

MUHAMMAD KHAIRI KHAI said...

Assalammualaikum..tq kongsi resepi sya da try masak ikut ramuan..1st time sya masak untuk seisi keluaraga.wow sedap betul..anak2 dan isteri semua suka..tq sekali lagi..

Habibah Bachok said...

hai semua..sila follow saya di
http://missbibah.blogspot.com/
part of my assignment..follow and leave a comment...thank you...

gelangtembaga said...

Menu iftar harini permintaan anakanda.. Tq che mat

hakim Kimpua said...

Klau nk sedap rasa lemak..tambah ckit kacang goreng..yg telah dikisar halus dgn cili..

ya said...

resipi ni utk berapa org mkn ye?

Afiq Fazlie said...

Salah.. ada keailapan ketara dalam rwsepi laksa kuake anda..

Laksa kuale made from tepung gandum.. bukan beras mahupon laksa kering.. ia pelu di kukus bukan rebus..

In the 80's kalau beli laksa di kuale, pekedai akan tanya nak berapa lengko laksa.. bukan kire mangkuk/pinggan.

Today.. kalau pergi kuale kangsar mereka tidak lagi jual laksa tradisi kuale.. perlu di tempah khas..


Sekian

Anak jati kualr

Takiya Cai said...

salam boleh saya minta share resepi Tuan di facebook saya? saya akan credit ke Link Tuan.Please feel free to reply this comment! TQ

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.