BEN ASHAARI

Tuesday, July 23, 2013

KEK LAPIS NEOPOLITAN.....

rsz_kek_lapis_neopolitan
Assalammualaikum, entri ke dua kek lapis cm share satu resipi olahan dari resipi diblog Resipi Citarasawan milik Kak Wan yang pakar membuat pelbagai jenis kek, kuih-muih dan manisan. Resipi asal Kek Lapis Koko Mocha, tapi cm suntikkan dengan citarasa cm sendiri, diberi perisa mocha, stoberi dan vanilla, maka jadi lah kek lapis neopolitan seperti dalam gambar. Kalau anda perhatikan kebiasaannya kek lapis menggunakan telur yang dan mentega yang agak banyak, dan ini menghasilkan kek yang cair dimulut. Seperti resipi ini, ia tidak menggunakan mentega yang banyak, tapi setiap lapisan mesti disapu dengan mentega cair sebelum diberi lapisan adunan baru dan jika ada gelembung udara, cucuk perlahan dengan  lidi sate untuk membuang udara dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. 

rsz_kek_lapis_neopolitan1
Nampak sweet sangat kan kek lapis ni, dan ini kek lapis pertama yang cm buat sebenarnya tahun ini, Kek lapis dalam entri lepas kek lapis kedua. Adunan kek lapis ini boleh juga anda pelbagaikan rasa dan ragam warna ikut kesukaan anda. Tapi pastikan perasa kena antara satu sama lain. Kata lah kalau anda nak gabungkan perisa pandan dan blueberry, rasa cm macam tak kena aje. Kalau pandan stoberi atau keladi, boleh ngam. Apa2 pun kalau anda ada masa, cubalah buat kek lapis, pasti ia menyeronokkan....Resipi seperti berikut dan terima kasih cm pada Kak Wan dan Rima....

BAHAN-BAHAN A :-)
250 gram mentega (cm guna scs)
150 gram gula kastor
14 kuning telur (gred A)
5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B :-)
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :-)
160 gram tepung Hong Kong*
40 gram Horlick*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan gaul rata)
1 camca teh esen vanila
1 1/2 camca teh stoberi paste + 1/4 camca teh pewarna makanan pink
1 1/2 camca teh coklat emulco + 1/2 camca teh perisa mocha

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. Putar mentega dan susu hingga sebati, masukkan gula kastor dan putar hingga putih. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur ke dalam adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati.
  3. Bagi adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan esen vanilla dan kacau rata, satu ditambah stoberi paste dan pewarna merah jambu, kacau rata dan satu lagi dengan coklat emulco dan perisa mocha. Kacau rata. Ketepikan.
  4. Masukkan tin ke dalam oven dan panaskan 1-2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan coklat sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar pada api grill) hingga perang, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan mentega cair dan lapis lagi dengan adunan coklat hingga siap.
  5. Kemudian lapis pulak dengan adunan stoberi hingga siap dan akhir sekali adunan vanilla hingga siap. Untuk lapisan akhir bakar hingga perang sedikit, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan bakar 10 minit dengan fungsi api atas dan bawah. Sejukkan kek sekejap, keluarkan dan sejukkan sepenuhnya atas redai sebelum dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Jangan lupa menyapu setiap lapisan kek yang telah masak dengan mentega cair sebelum anda lapiskan dengan adunan baru dan setiap lapisan. cm guna 4 camca besar.....Selamat mencuba!!.

15 comments:

Al-Azrul Zakuan said...

xde jual ke Pakcik Mat?huhuhu sedap je nampak!

aDisH.sHidA said...

nampak sangat2 sweet dan ayu la kek lapis nie...macam nak cuba je wat tahun nie...

gluuurp banyak nya telur gna...tp mentega half dr biasa....huhuhu


sememangnya best melapis nie..thanks pcm coz bg support melapis 2 tahun lepas :)

Little blue said...

Sedapnya~

beautecology.com said...

Cantik n sweet je kak lapis ni. Silap2 bleh mimpi kek lapis malam ni...

Suzy Effendi said...

saya org pure sarawakian pn x dpt buat kek lapis secantik ni :P

intan safinaz Ismail said...

kalu resepi ni guna kaedah kukus blh dak...

Rizziela said...

Boleh try ni

nOtCinDeReLLa said...

owhhh tidakk..kena psycho ngn CM pagi-pagi ni. sedapnyerrr.. tp nk buat malas

anakomak said...

canteknya kek lapis ko..
nak buat ako x reti...
erkk ko bagi je la ako rasa sket mat :p

linalyn mohd said...

Kalau ada jual harus lina yang beli...

Cik Eka said...

sedapnyaaaaaaaaaaa CM.. terliur sungguh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rajin sungguh melapis.. akak jugalah yg belum mencuba2 lagi melapis.. kesuntukan masa yg amat..

ckg ainaa said...

aduhai tergoda sangat tengok kek lapis cm ni. Ni yang buat bersemngt mangat nak cube buat.

Oh Oeya said...

Nakkk.. :-)

Ibu Cergas said...

mak aih.. cantiknya... x nak jjual ke. nak beli jugak. berapa lama melapis ni.. adooh..

terliur..


Mama Iman & Hannan
Ibu Cergas

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.