BEN ASHAARI

Wednesday, July 31, 2013

BISKUT RANGUP BADAM POPPY SEED....

rsz_almond_and_poppy_seed_cookies
Assalammualaikum. Salam Ramadan semua, anda sehat?..Dah banyak bikin biskut raya?..Kalau tanya cm dah banyak ke bikin?, ada lah juga, yang biasa2 saja. Cm bukannya rajin sangat nak bikin biskut raya yang berhias bagai, cepat boring. Biskut cm, yang termudah dan tersenang dan tercepat dibuat. Kalau setakat sapu kuning telur, tabur hiasan tu ok lagi, jangan nko suruh paip2 bunga bagai, sah2 paling menjadi pun seloyang saja, masuk loyang kedua, bunga tah jadi hapa pun tatau lah. Satu lagi sekarang ni cm suka buat biskut yang gentel2 dan dileperkan, maksudnya lepas gentel sebesar ibu jari, ambik garfu dan hempokkan atas dia sampai agak leper, dah siap...Yang penting rasa mau sedap, kalau rupa aje meletop tapi rasa ke laut...alamatnya sampai lepas raya lahh biskut tersusun kemas dalam bekas...tak laku beb!!..Resipi biskut rangup badam ni kerap cm buat setiap lebaran, cuma kali ni cm tambah sedikit bahan lain dalamnya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega (cm guna SCS)
100 gram gula aising, diayak (cm guna 80 gram)
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
100 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
50 gram serbuk badam*
1 camca besar penuh poppy seed @ biji kas-kas*(*disatukan dan gaul rata)
50+ gram tepung gandum (extra)
1 kuning telur, pukul sedikit, untuk disapu
Badam cincang secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga rata, tak perlu sampai kembang, memadai semuanya sebati sahaja.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 yang disatukan (*), sedikit demi sedikit hingga habis dan jika doh terlalu lembut, tambah tepung gandum 'extra' tadi hingga mendapat doh yang boleh dicanai. Rehatkan sekejap...
  3. Bahagi doh pada 2 bahagian, canai setebal 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur sedikit badam cincang sebagai hiasan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga perang keemasa.
  4. Keluaran dan biar sekejap, alih biskut atas redai dan biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.
CATATAN MAT GEBU :- Jumlah biskut yang akan anda dapat bergantung pada saiz acuan yang anda guna, kalau guna acuan macam cm guna tu anda akan dapat sekitar 75 - 80 keping, kalau guna acuan kecil sedikit, mungkin boleh dapat 100. Pilihan ditangan anda....


11 comments:

rinduan citarasa said...

Yesss!!!
Resepi cmg mmg tak mengecewakan. Tak payah tggu lps raya. Buat isnin. Khamis kena buat lagi.. Sedapppp ooo

Thanks bkongsi my sifu cm

Oh Oeya said...

As salam Che Mat. Suka biskut berbadam. :-)

Kjee said...

CMG, kalau buat biskut, tunjuk sekali acuan yang digunakan pliz. Tq.

FaKArePa!n said...

hai selamat hari raya kami semua ucapkan..lalalala..
nampak sedapppppp!!!hehe

HUKUM SOLAT DENGAN BAJU LENGAN PENDEK

ieda immi said...

cantik dan kemassss aje ;)

Eyriqazz said...

Huhuhuhu..poskan ke sini skit che mat....terliur ni

norfazilah said...

cmg post la lagi resepi biskut raya..

Alin Marlini said...

cantik n semestinya mst sedap

makcikkantin said...

Terima kasih CMG....insyallah makcik rasa nk buat yg ni...cam CM jugak..kuih mck pun jenis gentel2 picit2 je...

fezmia said...

Cik mat selalu post masakan yg mengancam & menggoda jiwa. Boleh bagi address rumah, raya ni kami nak serbu. Sure sedap2 juadah raya kat rumah cik mat!

SHILA & FAUNA said...

CMG..sy minta izin share ye resepi yg ada didalam blog ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.