BEN ASHAARI

Sunday, July 7, 2013

AYAM MASAK ASAM BERAROMA..

rsz_asam_ayam_nenas
Salam Ahad semua, hari ni cm dah mula agak sibuk sikit, dan mungkin tak dapat nak update blog kerap sangat, tengok lah masa dan keadaan macam mana, jika mengizinkan, insaha Allah. Entri ringkas hari ni cm hanya sempat masak ayam masak asam beraroma, lebih kurang macam asam pedas saja. Cm masukkan nenas, serai, bunga kantan dan daun limau purut untuk kasi sedikit kelainan. Cm guna 1/2 ekor ayam dan 1/2 biji nenas madu bersiaz sederhana (tapi cm letak tak sampai 1/2). Sedap dimakan bersama nasi atau kuahnya dicicah lempeng. Boleh juga dimasak untuk berbuka puasa nanti, gabungan rasa manis nenas madu dan haruman herba2 cukup menyelerakan. Sebelum cm tulis resipi, terima kasih cm ucapkan pada blogger INI....sebab apa?, anda singgah lah dan baca...Terima kasih sekali lagi...hehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam potong 8 - 9 bahagian, cuci dan toskan
1/2 biji nenas madu, saiz kecil, kupas dan hiris kasar
2 batang serai, dititik
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 kuntum bunga kantan, belah 2
4 helai daun limau purut
1/2 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ayam 
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh ketumbar biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik dan dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau dan masuk ayam. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan kiub ayam dan nenas. Tambah daun limau purut dan bunga kantan. Biar mendidih dengan api sederhana.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga ayam masak dan nenas empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...


5 comments:

Anak pak cik Azhar :) said...

pergh...kecur air liur tengok! bulan ramadhan nnti tak boleh klik blog nie..nnti asyik fikir nak makan je..hehe

Rozuan Ismail said...

TQ link kan blog wan =D

Ros Mat Saad said...

nyummm...nyummm....;)
http://fantastiquegallery.blogspot.com

Ummi said...

MasyaAllah Mat, sedapnya nampak, terbayang2, terasa2 kat tekak, nak nak ko sebut kuahnya sedap jgk dicicah lempeng....fuuhh, rasa tertelan air liur terus...sabauu je laa..

Mat, berapa trip lgk nak ngukus tu...hehe

Siti Haiza said...

boleh dijadikan menu berbuka nnt
http://www.syifahealthcare.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.