BEN ASHAARI

Tuesday, July 30, 2013

AYAM GORENG KUNYIT KACANG BUNCIS...

rsz_ayam_goreng_kunyit_sama_kacang_buncis
Assalammualaikum.. Entri ringkas untuk bersahur mau pun berbuka. Bila bulan Ramadan, menu pilihan cm lebih ringkas dan tidak membebankan. Kalau nampak cm masak macam2, itu sebab permintaan, yelah orang berpuasa kan, anda pun faham. Bila bersahur pasti anda ingin satu menu yang ringkas tapi menyelerakan..Walaupun resipi yang cm letak ini dah biasa anda masak, tapi rasa cm, ianya tetap menjadi pilihan ramai orang terutama kanak2. Cm guna sekeping dada ayam dan cm perap dengan perapan halia dalam botol produk 'LIFE' dan serbuk kunyit. Masakan ringkas ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Resipi mudah seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam, hiris memanjang (atau dipotong kiub)
1 camca teh pes perapan halia "LIFE"
10 batang kacang buncis, kerat pendek
1 biji bawang besar hiris berangkai
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili hijau saiz kecil, hiris
1 biji cili merah, saiz kecil, hiris
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam dengan perapan halia dan serbuk kunyit hingga rata. Perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 cawan) dan goreng dengan api sederhana hingga ayam masak (tak perlu sampai garing, nanti keras). Tolak ayam ke tepi kuali dan keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak hingga semua layu. Gaul rata dengan ayam. Masukkan kacang buncis dan sedikit garam. Masak sekejap hingga kacang lembut tapi masih rangup. Matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...
CATATN MAT GEBU :- Anda boleh beli perapan halia jenama LIFE di Tesco dan pasaraya2 berhampiran. Kalau takde, anda boleh juga perap dengan sedikit halia, bawang putih dan serai yang dikisar halus. Kalau suka pedas, boleh ganti cili merah dan hijau dengan cili padi, tak perlu hiris memadai dengan diketuk sahaja...Selamat mencuba!!.

7 comments:

nea lopah said...

salam cik mat...nak cuba buatlah resepi ni.
Hari ni n3 saya rendang basah cik mat. jemput jenguk2.

Kakzakie said...

Ok.. kakak nak cuba senang aje bila baca resepinya. Tapi yg pasti sedap!!

Ct Noraishah said...

nak cuba juga...

puan yatie said...

harini duk fikir juga nak masak simple apa untuk suami dan anak pun boleh makan sekali. nmpak entri mat gebu terus da dapat idea nak masak simple mcm ni ja buka puasa nnti :)

jemput singgah blog yatt

http://yattpinkymaniac.blogspot.com/

Zyra Roxx said...

Nyummy! Mmg feberet budak dan org tua

Salhah Suhot said...

Cm, tak penah jumpa pun perapan halia life tu... Ce share gambanye...

Nor Lailee Ahmad said...

Terima kasih sudi share...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.