MAGGI KARI MASAM MANIS..

rsz_maggi_kari_lagi
Petang semua, boringkan, entri blog DTS ni asyik2 maggi manjang....huhu, ada masa tekak ni, kalau nko masak nasi beriani lepas tu kasi tonggok kan sekor kambeng panggang atasnya pun, kalau tak nak, tak nak juga. Masak lah bagai nak rak, akhirnya benda lain yang kita akan selera makan. Cm pernah masak yang boleh dikatakan bess lah juga, tapi akhirnya bawang + kicap + cili padi + jus limau kasturi juga yang buat tekak betul2 ada napsu. Macam anda nampak maggi yang cm masak ni. Tataulah pesal nak sangat oter maggi kari kasi rasa ala2 sweet sour sikit. Bukan susah mana, kasi oter serba sikit je, janji tak lari dari apa yang kita nak rasa. Dan walaupun hanya mi maggi derhaka, cm tetap hidangkan dalam mangkuk antik orang peranakan baba nyonya, mangkuk dan alas transfer ware kaler biru ini, selalunya orang peranakan guna untuk harian kalau yang warna warni, guna masa majlis2 keraian macam hari lahir dan sebagainya....Comey kan mangkuk tu, cuma cm takde sudu dia saja...eh, dari cerita maggi ke kesah mangkuk antik pulak...hehe, itu lah cm, kalau cerita semua kes aku kasi sekali jalan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket maggi perencah kari (asingkan perencahnya)
1 kepak ayam, kerat 3, cuci dan toskan
Beberapa biji fishcake pelbagai bentuk
2 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 camca besar cili kisar
4 biji cili padi, hiris
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 keping hirisan halis, hiris halus
5 helai daun kari
1 pokok kecil daun sup, dikerat kasar
Sedikit daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak sekejap. Tambah ayam dan gaul rata, biar ayam kecut. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan perncah kari, batang sawi dan fishcake. Tambah daun sawi, hirisan daun sup dan cili padi. Kacau dan boleh masukkan mi. Masak dengan api sederhana hingga mi lembut. Matikan api dan rasa, jika ok boleh alih ke dalam mangkuk sesuai. Hias dengan daun sup dan hidangkan segera selagi hangat. Kalau suka boleh perahkan jus limau kasturi sebelum dimakan..

Post a Comment

5 Comments

  1. Pengulas cm CM nilah yg bagus. Semua topik ygdikupas jd menarik. Apatah lagi bab resepi....pukul abis derhaka ye..tp harus la sedappp khenn??? Err x kan semangkukje...lotih da ai ngomen ni....CM, saya xde koleksyen sudu mangkuk lawa tu...sian ai...

    ReplyDelete
  2. Terbaik terliur habis kita :)
    Jom Singgah, "Citra Nukilan Sekadar Perkongsian">> " AKU ANAK PAHANG "

    ReplyDelete
  3. beberapa biji fishcake? ahhaa.. lawak giler..nasib baik x beberapa ekor fishcake...ahhahaa

    ReplyDelete
  4. assalam cm..yf suka sgt bace blog cm sb resipi2 yg cm share mmg best sb yf pun pernah mencuba ternyata aumm :-)

    ** yf budak baru disini harap cm sudi berkenalan ^__^ **

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.