BEN ASHAARI

Wednesday, May 8, 2013

LEMAK PUTIH PUCUK MANIS SAMA TEMPE.

rsz_lemak_putih_pucuk_manis
Salam semua, sebenarnya entri yang macam ni sesuai untuk tengah hari, tapi cm terpaksa letak malam ni, sebab ni je entri yang masih belum dimasukkan ke blog DTS. Siang tadi punya, cm masak lemak pucuk manis sama tempe, Bak suka dan ini atas permintaan Bak. Patutnya letak keledek, tapi kat tempat cm beli barang2 basah tadi, takde pulak jual keledek. Masa takmo, melambak jual, masa nak guna satu pun takde. Tu yang cm ganti dengan tempe. Selain tempe dan keledek, kalau ada labu manis pun sedap dicampurkan sekali. Rencah cm guna ikan bilis, tapi kalau guna udang kering lagi sedap. Masak macam ni mudah dibuat dan sebab cm duduk kampung, kelapa cm kupas, parut dan perah santannya sendiri. Jangan lupa sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng bila anda hidangkan bersama nasi putih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis
3 keping tempe, dipotong kiub besar2
1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam sekejap.
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun pucuk manis dari batangnya, cuci dan toskan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk hancur. Masukkan santan cair dalam periuk bersama2 bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Kacau dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tempe dan masak sekejap. Daun pucuk manis tadi diramas sedikit, kemudian baru dimasukkan ke dalam periuk berisi santan. Kalau kurang santan tuang sedikit air. Kacau rata dan masukkan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
  3. Tuang pati santan, masukkan hirisan cili merah dan perasakan dengan garam secukupnya serta sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Masak hingga daun pucuk manis lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..

5 comments:

Invisible said...

che Mat npe xleh nk lihat resipi2x lama che mat ni..

rinduan citarasa said...

betul2 sambal belacan plus resepi cmg y ini bt ayu kelaparan.

waduhh lapar

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

syr msk mcm ni tak pernah menjemukan...

Yatie Fizzy said...

masakan kampung sedapkan...teringat dulu2 mak yf suka makan masak lemak pucuk manis ni tp mak yf campurkan keledek...nyum nyum ^__^

Yuss Russ said...

Mak saya di Kulai, Johor...Abah suka makan pucuk manis masak lemak macam gini, tapi kat tempat saya sekarang dah lama sangat tak jumpa tempeh...pucuk manis jangan haraplah...apa pun, terima kasih sebab CM upload resipi ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.