BEN ASHAARI

Thursday, May 2, 2013

LEMAK PUTIH NANGKA MUDA..

rsz_lemak_putih_nangka_muda
Assalammualaikum, salam Khamis. Tiba2 cm menghadapi masa ketat, hari ni...errr ketat tu bukan sebab naik angin tapi rasa macam terkejar2 dengan kerja. Pagi tadi kami ke pasar di Simpang Renggam, lepas tu balik dah kemas barang basah dan ON aktiviti memasak dekat2 jam 10 pagi macam tu, bonda tolong siang bahan2 mentah dan cm siang ikan, kupas kelapa, parut dan perah untuk masak lemak nangka muda. Nak gulai yang pedas tapi kesian kat Bak. Lepas tu sambil masak nangka, cm siang ikan kembong, cuci bersih dan bedakkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap dan goreng hingga masak, tapi tak sampai garing. Goreng pulak ikan sepat masin untuk Bak. Nasib baik stok sambal belacan ada lagi, kalau tak, satu keje pulak nak mendebik sambal belacan dalam lesung. Ada yang rekomen kata  cm guna jelah blender jenis kering tu buat sambal belacan. Boleh tu boleh, tapi tak authentic sangat, nanti mak guaaa complain kata sambal tak sama rasa. Lepas siap, dalam jam 11 pagi kami ke Tesco...huhu...settle semua, satu masalah lagi bila balik dari Tesco...Sapa nak kemas barang2 ni semua?...Akuuu jugakkk!!...Grrrrr.....Apa2 pun kita lihat resipi ringkas hari ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap disiang
2 helai daun kunyit, disiat
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk hancur
1 genggam ikan bilis, yang telah dibersihkan, rendam
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur nangka hingga 1/2 empuk, tos dan masukkan kembali nangka ke dalam periuk. Tambah serai titik, bawang besar, bawang putih dan santan cair, jika tak cukup, tambah sedikit air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Tambah kiub ikan bilis, lada hitam dan pati santan. Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan daun kunyit. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.


7 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya mat! td gi lunch ada gak gulai nangka tp versi kuning.. mcm nak ambik.. tp tgk nangka mcm kurang empuk je.. (Imaginasi sendiri) last2 tak ambik pun... ambik sayur lain.. hhihi...

Chah said...

Dap!!! Sapa yg masak? Anak mithali ler sape lg...errr bab2 nk kemas brg2 grocery mmg malas gilesss....kekadang main bior aje tergolek situ...huhuhu bughuk pangai....:)

Lydia Miza said...

Sedapnya cm.. Lama tak makan sayur gini.lauk gini kalau jumpa time kenduri memang laju orang makan

Rozuan Ismail said...

mak saya suka buat ni kalau ada event kt umah

MamaFaMi said...

Alahai... macam nak kena pergi kedai cari nangka la pulak. Cubalah ko masak benda-benda yang ada dalam stok kat rumah ni je, tak yah mama susah susah nak kena gi kedai bagai... huhuhu...

p/s : Mat, terima kasih banyak sebab sudi mention pasal entry mama yang lepas tu ye. Jasamu ku kenang. Lap u la Mat... pitam ko! Hahahaha....

oli-go said...

nampak sedap...

mamawana said...

Assalam

Lama tal makan nangka. Gud idea nih. Pasti enak ya pak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.