LEMAK CILI PADI REBUNG SAMA IKAN TENGGIRI..

rsz_lemak_cili_padi_rebung_&_ikan
Salam Isnin semua, hari ni ada negeri yang becuti dan ada yang bekerja seperti biasa. Tak kesah lah, hari penting pun sudah berlalu, apa2 pun keputusan, terima dengan redha, kehidupan kita ini kalau tak diteruskan dengan berusaha, dok rupa macam tu saja. Entri pertama hari ini cm letak menu yang menjadi kegemaran bonda. Masakan biasa saja dan cm rasa anda juga telah pakar memasak menu macam ini. Lemak cili padi rebung sama ikan tenggiri, cm guna tenggiri batang. Tapi kalau nak guna jenis tenggiri papan pun boleh juga. Rebung pula anda boleh pilih samada nak guna rebung jeruk atau rebung segar, kalau rebung segar kena celur dulu untuk membuang rasa kelat. Jenis rebung cm guna ni, jenis rebung buluh betong, boleh juga nak guna rebung madu, cuma cara menghirisnya ada beza sikit.  Cm masukkan juga ikan tenggiri sebagai salah satu bahan pelengkap...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram rebung yang telah dihiris nipis, celur sekejap dan toskan
5 keping ikan tenggiri, cuci dan toskan
4 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung jenis hijau
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama2 bahan kisar halus, serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan kacau rata. Jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air.
  2. Tambah ikan dan asam gelugor, kacau perlahan. Biar masak sekejap dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga ikan masak. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnyeeerrr...

    Lama kakak tak makan rebung. Dulu masa kecik senang nak dapat sebab belakang rumah tok akak ada...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.