BEN ASHAARI

Thursday, May 2, 2013

KUEY TEOW UDANG...GARA-GARA BEN ASHAARI LAGI!

rsz_kue_teow_udang
Malam semua, hari ni kan macam cm agak ketat, bila settle semua kerja, cm pun kemaskini blog dengan entri baru Lemak putih nangka muda yang tadi, lepas tu jengah kat group Whatsapp, nampak Ben Ashaari post gambar kuey teow dengan udang yang pose begitu 'lucah' sekali...Grrr..saja lah tu nak goda2 kami. Dan bila cm nampak, aku punya nafsu sudah mari, petang tadi cm selongkar freezer dan alhamdulillah masih ada baki kuey teow tu hari punya, dalam 100+ gram kurang lebih. Ada pulak kerang, ada pulak udang..waaa, sudah bagus, lepas tu ada baki fishcake, jangan membazir, campakkan sekali. Dan masa cm belanja kat Tesco, cm ada beli kucai dan taugeh..Lagi cantik. Semua dah ada, projek on je lah, jangan berlengah lagi. Sementara cm kasi siap2kan bahan mentah, kuey teow cm kasi lembutkan dalam microwave. Kalau ada daging pun sedap juga. Tapi takpe, guna apa yang ada..Maka beberapa minit kemudian jadilah seperti yang anda nampak dalam gambar di atas...Semua gara2 Ben Ashaari, tapi cm memang rasa selesa sangat dengan Ben, 4 tahun kami jadi jiran blog...syukur Alhamdulillah...moga kami menjadi sahabat di akhirat kelak...doakan yea...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram kuey teow (kurang lebih)
6 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
1 genggam, isi kerang
1 keping fishcake, hiris
1 biji telur, pukul sedikit
1 genggam taugeh
10 tangkai kucai, potong pendek
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
1 camca besar sambal tumis
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air (kalau suka kuey teow agak kering, tak perlu air)
Cili jeruk
Limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau rata. Tambah udang, kerang dan fishcake. Gaul rata dan tuang sedikit air. Kacau.
  2. Masukkan kuey teow dan gaul rata. Tolak kuey teow ke tepi kuali, masukkan telur, bila telur mengeras sedikit, gaul dengan kuey teow tadi. Masukkan tauge dan kucai, kacau lagi dan tambah sos ikan secukup rasa (rasa dulu sebelum ditambah sos ikan). Masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama cili hijau jeruk, belahan limau kasturi dan boleh juga dengan hirisan timun dan tomato...Selamat mencuba!!


4 comments:

inahar ali said...

pergh mengancamnye mat..menjejess airliur akak! teringat2 rasa kwayteow goreng kakjee zaman dia berniaga kt melawati dulu2 tu..adeh kempunan sehh!

JunAina said...

dah le tak sarapan pagi ni lapooo...lapo...

Ummi said...

Waaahh Mat, untungnya tengok jer org tayang, ko buat...tengok jer org makan, ko pun nak makan...hahahaha, ko mmg rajin sebenarnyaaaaa....

red dandelion said...

terliurla tgk blog cm ni... rasa mcm semua nak try buat.. tp dah mkn makaroni bakar termudah.. mmg sedap. terima kasih cm gebu yg selalu dan ikhlas share resepi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.