BEN ASHAARI

Monday, May 20, 2013

GULAI NANGKA IKAN MASIN BEREMPAH

rsz_gulai_nangka_berempah
Assalammualaikum, ramai yang berpuasa hari ni..Selamat berpuasa. Kat rumah cm, bonda dan abang cm berpuasa juga. Cm puasa, tapi malam nanti...hehe. Masak awal sikit sebab sekarang ni cm dah mula angin malas nak masak. Nak baking2 pun malas, ikut lah keadaan. Mula2 cm plan nak masak rebung, tapi kensel sebab ada nangka. Nak masak kari dengan daging, tapi Bak tak boleh makan, nak masak dengan ayam, rasa jemu. Jadi pilihan terakhir, cm masam dengan ikan kurau masin, bukan tulang tapi isinya. Kalau guna isi ikan kurau, anda kena masukkan lewat sikit ke dalam gulai, kalau masuk awal dikhuatiri isi ikan akan hancur. Cm tak guna rempah kari cuma guna ketumbar, jintan kasar dan jintan halus. Dan cm tumis sedikit hingga rempah terbit minyak. Untuk resipi ini cm guna kurang lebih 600 gram nangka muda yang telah dibersihkan, cm beli yang memang telah siap disiang. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati (600 gram nangka muda), dipotong kiub, rebus 1/2 empuk dan toskan
6 - 7 hirisan daging ikan kurau masin, rendam 30 minit
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (cm guna kiub ayam)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
3/4 inci kunyit hidup
3/4 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1 senduk nasi). Tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan nangka, gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor, kerisik dan kiub ikan bilis. Tuang pati santan dan tambah isi ikan masin kurau (toskan). Kacau perlahan. Biar mendidih sekejap. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebelum anda letak garam) dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa lagi dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

5 comments:

MamaFaMi said...

Sedapnya gulai ko hari ni Mat. Dahlah mama tak makan lagi ni. Mama pun sekarang tak de mood nak masak. Infact, tak de mood nak buat apa pun. Teruk betul lah!

JunAina said...

Tak sabar nak balik buka puasa>macamlah kat rumah tu ada gulai nangka nih!

Gee® said...

Sedapnya makan dgn nasi hangat...

Chah said...

Cm,
cer bagi sket petua cemana nk pilih nangka muda ni..yg dah kopeklah..sbb asik terkena yg tak berapa sedap je..ke aku yg masak tak sedap? hukhuk...

Suejoshua said...

Sedapnya lauk kampung, Selamat Berbuka Mak Yah sayang...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.