ENTRI TERTINGGAL, TAPI MI HOON GORENG..BOLEH?

rsz_mi_hoon_goreng
Malam semua, patut ni entri semalam, tapi jadi kucar kacir, sampai lupa nak up kan di blog. Kalau tak letak pun takpe, setakat mi hoon goreng, apa nak sibuk sangat kan. Tapi tak kesah, nak juga letak. Sebenarnya cm buat sarapan tu hari, jadi saja2 ambik gambar, kalau rasa ok untuk entri, cm akan letak, kalau tak ku abaikan saja. Bila tengok balik gambar tu, macam mengiur kan juga, baik cm jadikan entri. Mi hoon ni kalau ikutkan dah jadi antara makanan pilihan orang2 Malaysia, tak kesahlah untuk sarapan, jamuan formal atau tidak, termasuk majlis2 kenduri kendara, ada je mi hoon dihidangkan. Resipi main ikut apa yang ada, kalau ada sambal tumis, cm guna sambal tumis, kalau takde, guna cili kisar campurkan sos cili. Guna rencah udang boleh, sotong, ayam atau daging, semua boleh takde masalah. Serius ini resipi cincai punya, takda kasi kepala pusing....Entri yang wajib anda baca, terutama kakitangan KERAJAAN...di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut
2 gengga, taugeh, dibersihkan (atau secukupnya)
1 cekak kucai, kerat pendek
1/2 cawan isi udang saiz kecil, cuci dan toska
1 ekor sotong kembang, potong kecil dan rebus 1 minit, toskan
2 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
2 1/2 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar cili kisar
1 kiub pati ayam
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing, tambah sos cili, kacau rata. Masukka udang dan sotong kembang, kacau dan bila udang masak, masuk tauhu goreng. Kacau rata.
  2. Tuang sedikit air, masukkan kiub pati ayam dan telur hancur tadi, kacau rata. Masukkan mi hoon, gaul dan masak hingga mi hoon lembut. Masukkan kucai dan taugeh, gaul hingga rata.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelum dihidangkan...

Post a Comment

1 Comments

  1. Mat!!! x nak mee hoon tu tp nak penutup botol coca cola banyak... he he he

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.