BEN ASHAARI

Friday, May 10, 2013

CROISSANT TUNA SANDWICH, SENANG DIBUAT..

rsz_croissant_tuna_sandwich (1)
Malam semua, sekarang ni macam musim malas mo masak, yang simple2 yang mudah2 lagi sesuai untuk keadaan macam ni. Tapikan benda2 simple bukan tak berkhasiat dan mengenyangkan, nak2 yang ada sayur2an hijau. Kanak2 juga suka hidangan macam ni, cuma cm ada buat sedikit kelainan pada ikan tuna, kalau anda tak suka, anda boleh gaul ikan tuna dan mayonnaise saja. Sesuai untuk sarapan, atau santapan untuk makan malam menggantikan nasi. Saiz agak besar dan anda makan ni habis, insha Allah kenyang. Croissant yang cm guna ni, beli di TESCO, dijual RM 1 setiap satu (tapi ada masa harga dia lebih, mungkin RM 1 tu masa dia offer, tapi TESCO bukan selalu ke ofer2 bagai....hmmm). Kalau takde croissant, boleh guna apa saja bentuk roti yang anda suka, tapi tukar lah nama lain, jangan letak 'croissant' juga. Resipi serius memang budak2 sekolah punya, mudah di sediakan.. Ok jomm, resipi dibawah kurang lebih untuk 3 biji sandwich...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji roti croissant
1 tin tuna in olive oil atau pilihan anda (cm guna ayam brand)
1 biji bawang holland, didadu kecil
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji jeruk gherkin, cincang halus
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar penuh mayonnasie
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan timun secukupnya
3 keping keju cheesedale, potong 4 setiap 1
Daun salad secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan ikan tuna, hancurkan, masukkan bawang holland, bawang putih, jeruk gherkin dan mayonnaise, gaul rata dan tambah jus limau kasturi. Gaul lagi hingga semua sebati dan rata. Ketepikan sebentar.
  2. Roti croissant di belah dua setiap satu, tapi tak perlu sampai putus. Ambil 1 croissant ( buka perlahan2), susun daun salad, kemudian keju (1 keping yang dipotong 4), susun timun, tomato dan sudukan bancuhan ikan tuna. Ratakan.
  3. Tutup dengan bahagian atas croissant. Cucuk dengan lidi sate yang bersih pada 3 bahagian sandwich (seperti dalam gambar). Hidangkan segera untuk sarapan, minum petang atau makan malam..

1 comment:

Anil Wanina said...

harus ku cuba ni..... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.