BANANA FOSTER BUNDT CAKE

rsz_banana_foster_bunt_cake
Pisang antara buah2an yang  paling kerap dibuat kek. Selain sedap, bau harum pisang punya daya tarikan yang kuat. Pada cm kek pisang sering menjadi pilihan setiap peringkat umur, waima yang berusia emas sekali pun. Resipi yang anda nampak ini cm ambik dari blogger yang begitu halus seni pembuatannya. Orang dari Temasik yang blog beliau seriang menjadi kunjungan dari blogger2 masakan dan blogger lain. Tidak dapat disangkal selain gambar yang cantik, hasil kek beliau juga, cukup cantik walaupun ringkas. Rima nama yang tak asing lagi bagi kami blogger2 masakan, blog beliau di sini. Dan cm terpanggil nak mencuba resipi Banana Foster Bundt Cake ini bila cm baca feedback di wall FB beliau dari mereka yang dah mencuba, semua kata sedap...Dan memang terbukti...sedapppp!..

rsz_banana_foster_bunt_cake1
Walaubagaimana pun, pada cm kek ini agak manis, jadi anda bolehlah kurangkan sukatan gula dalamnya, memandangkan pisang memang dah manis, tambah dengan karamel yang sedia kala manis, jadi ia agak tak sesuai bagi mereka yang punya gula tinggi dalam darah. Kek ini lembut dan kena dibiarkan 2-3 jam selepas dibakar, baru diterbalikkan. Kek akan turun sedikit lepas itu, walaupun masa membakar, kek naik agak tinggi. Untuk kek ini anda kena guna bundt pan atau acuan kek berlubang tengah. Teknik membuatnya sikit berbeza dari kek biasa...Takpe jomm kita lihat resipi, terima kasih sekali lagi pada Rima Of Singapore...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonte*
1/2 camca teh garam halus*(*gaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram mentega tanpa garam (unsalted butter)
70 gram mentega, cair dan sejukkan
1 cawan buttermilk
1 camca teh esen vanilla
2 biji pisang, hiris
3 biji pisang, lecek halus
1/4 cawan kepingan badam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bundt pan berkapasiti 12 cawan dengan mentega, ayak sedikit tepung dalamnya, ketuk keluar lebihan tepung. Tuang mentega cair, tabur dengan 1/2 cawan gula perang, rata dan susun pisang yang dihiris, kemudian tabur badam keping. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan baki gula perang hingga pucat, masukkan telur dan satu persatu dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla dan pisang lecek, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang diayak berselang seli dengan buttermilk hingga habis. Putar sebati.
  3. Tuang dalam bundt pan tadi, ratakan dan bakar 45 - 50 minit atau hingga masak dengan mencucuk lidi sate pada kek dan jika keluarnya bersih, tanda kek sudah masak. Biar kek sejuk beberapa jam, kemudian boleh dikeluarkan dari acuan. Boleh hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Gula untuk kek (1 cawan) cm hanya guna 3/4 cawan, memandangkan pisang  dan karamel agak manis. Bagi mereka yang sukar nak dapatkan buttermilk, anda boleh buat sendiri dengan mencampurkan 1 cawan susu segar dan 1 camca besar cuka makan. Kacau rata dan biarkan 5 minit... Selamat mencuba!!..

Post a Comment

6 Comments

  1. CM..kek berasaskan pisang memang tak pernah menjemukan.
    Nanti nak try jugaklah kek ni.. :)

    ReplyDelete
  2. CMG- dikk...sdapnyeeee laaa resepi ni...tp kak x sempat citer dlm blog lg psl dh lame x update..hehe. tq tq tq tawwwww

    ReplyDelete
  3. kak Rima mmg the best blogger selain cmg dan sahabat lain.

    sedapnya bt buka posa

    ReplyDelete
  4. sedapnya...tapi saya takut la nanti kalau bakar kek tu HANGUS lak...t tak cantik :(

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.