BEN ASHAARI

Tuesday, May 7, 2013

ASAM REBUS IKAN DURI..

rsz_asam_rebus_ikan_duri
Asam rebus ikan duri menu siang tadi dan ini menjadi pilihan bonda. Dan bonda sendiri yang menumbuk bahan2nya. Cm cuma tolong masakkan. Ikan pun bonda yang siang dan bersihkan. Sebenarnya cm tak berapa nak makan ikan duri. Kalau ikan duri saiz besar macam ikan mayong atau jahan tu insha Allah makan. Namun begitu, ikan duri yang ni sedap pulak, pada hemat cm lah kan, sebab ikan ni sedap, dia jenis ikan dulu laut lepas, bukan ikan duri yang dari sungai2...wallah hualam. Bonda kalau masak asam rebus, dia suka masam sikit dan pastinya kena pedas. Cm masukkan juga sekuntum bunga kantan dan 2 helai daun kunyit. Untuk kasi tambah perisa, cm tambah kiub ikan bilis juga. Kata bonda dia lagi suka guna jus limau kasturi untuk rasa masamnya, tapi boleh juga guna asam gelugor. Satu lagi kalau nak masukkan tempoyak pun bess...ishh terus rasa kecur dah ni... Ok resipi serius, amat senang, nak2 kalau bahan2 semua dah sedia, dan anda tinggal masak saja macam che mat gebu ittuuu...hehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan duri saiz sederhana
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 helai daun kunyit, disiat
1/2 kiub ikan bilis
4-5 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
15 biji cili padi kampung, merah
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan duri dikerat 3 - 4 bahagian (bergantung pada saiz ikan), cuci bersih dan perap dengan sedikit tepung gandum, jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian cuci kembali hingga bersih dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus ke dalam periuk. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), kacau rata dan masukkan kiub ikan bilis. Masak hingga mendidih, masukkan ikan, daun kunyit dan bunga kantan. Masak hingga ikan masak, perasakan dengan garam secukupnya, secubit gula dan tuang jus limau kasturi. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


5 comments:

akuanakpahang said...

Kalau dapat di gantikan dgn ikan patin sungai pahang mmg terangkat nie :) apa menyelerakan juga nie :)
Jom Singgah, "Citra Nukilan Sekadar Perkongsian">> " AKU ANAK PAHANG "

rohaya zabidin said...

salam cm...cara org muar masak asam rebus.....lada padi and kunyit ajer then perahkan asam jawa....lagi pedas lagi sodap...hheheheh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haaaa, Kak Sari kalau makan ni harus banjirrrrr, kena makan nasi dalam mangkuk, baru ada feel.. hihi

Gee® said...

Bestnyaaa... nak hirup2 kuahnya... nyum2x

wanismail said...

Bagus blog ni, dapat saya idea nak masak untuk makan tengahari ini. Terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.