BEN ASHAARI

Friday, May 10, 2013

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG...

rsz_asam_pedas_ikan_sembilang_a

Assalammualaikum, salam Jumaat...tak payah nak komen lagi, memang ada yang geleng2 pala sebab tengok entri asam pedas tak sudah2. Nak kata apa, dan Bak suka asam pedas, nak2 ikan sembilang. Cm cuma kasi masak. Ikan sembilang yang ni kurang lebih berat dalam 1 kati atau 600 gram. Kebiasaannya kalau masak asam pedas ikan sembilang, kita akan letak daun kesom untuk menambah aroma. Kali ini cm masukkan bendi. Kalau nak letak terong pun bess juga. Atau boleh campur nenas. Orang Johor memang ada masak asam pedas letak nenas, anda pun pernah kan nampak cm masak dan masukkan entri di DTS. Takde apa sangat nak cerita pasal asam pedas ikan sembilang..Kita lihat resipi, tapi sebelum tu jom singgah baca entri pilihan DTS di sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sembilang (kurang lebih 600 gram)
10 - 12 batang bendi, rendam
1 genggam daun kesom
1 batang serai, diketuk
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan sembilang dibuang isi perutnya, kerat pada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, cuci kembali dan toskan. Bendi ditoskan dan kerat 2 kalau panjang. Kalau guna bendi kontot, tak perlu dikerat...Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan).
  3. Bila mendidih, masukkan ikan dan bendi. Kacau perlahan. Masukkan kiub ikan bilis dan daun kesom. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

5 comments:

Kakzakie said...

Aduhai CM kakak kalau asam pedas apa pun suka tapi kelau kena ikan sembilang laaaagilah suka

Cikda said...

lamaaaaanya tak pekena sembilang ni.. lagi kalau dapat telur dia sekali..huwaa.... mana nak dapat eh?

adda syuhada said...

sedapnya...

Aqim Razali said...

Ini buat rasa nak balik Melaka membuak buak nie.

geraugebang said...

uwaaaaaa...pilihan no 1 di dunia...argggh...Pengsan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.