BEN ASHAARI

Thursday, April 4, 2013

UBI REBUS CICAH KELAPA DAN GULA MELAKA...

rsz_ubi_rebos

Assalammualaikum, hari sibuk, dari jam 5 pagi cm bangun hingga ke jam 2 petang, baru kerja siap, tu pun ada lagi yang menunggu. Huhu...entri pertama cm letak ubirebus jelah, sebab boleh kasi idea untuk minun petang. Pagi tadi lepas pergi petik pucuk paku merah, masa balik abang cm singgah ke kebun. Dan cm saja2 lah merayap pi tengok ubi cambah, try cabut sepokok dan ada isi. Wahhh, cabut 2-3 pokok dan ada isi juga. Kata bonda pokok ubi tu orang panggil Ubi Indon, ubinya kurus dan panjang2, tapi agak muai. Cm hangkut bawak balik. Sampai rumah sambil2 siapkan bahan2 mentah untuk masak tengah hari, cm sempatkan diri untuk merebus ubi pulak...kerja ni kena diatur baru dapat dilaksanakan dengan cepat (kadang2 lambat gak sebab terlebih teratur sangat...erkk..hehe)....

rsz_ubi_rebos1

Cm rebus hingga empuk dan berkanji. Nak makan dengan sambal tumis tapi malas nak buat. Jadi cm parut kelapa yang agak muda, gaulkan dengan secubit garam dan makan sama gula melaka yang memang dibeli dari Melaka. Sedappp okehh, bonda makan, Bak juga makan, abang cm pun makan, cm makan juga. Serius sedap, cuaca pulak mendung, kira kalau kena dengan air kopi, ngam banget dehhh.. Kalau anda nak makan dengan ikan masin kembong goreng atau sambal tumis juga sesuai. Kalau entri ubi rebus ni cm rasa tak payah resipi lah, sebab benda2 asas je punn, yang penting ada ubi.....Takpe lah cm tulis serba sedikit...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya (kurang lebih 1.5 kg)
Kelapa parut putih + sedikit garam = gaul rata.
Parutan gula melaka
Sambal tumis (optional)
Ikan masin goreng (optional

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci ubim kerat pendek, kupas kulit dan rendam. Cuci bersih dan jika saiz ubi besar, belah 2. Letak air hingga ubi tenggelam (biar lebih sedikit), letak garam secukupnya dan rebus hingga empuk (bila ubi nampak pecah dan berkanji). Keringkan dan masak atas api kecil hingga ubi kering. Matikan api.
  2. Hidangkan bersama kelapa parut dan gula melaka. Atau sambal tumis dan ikan masin goreng (kebiasaannya guna ikan masin kembong, sepat atau ikan tenggiri jeruk)...sertakan kopi sebagai pelengkap hidangan anda.....penggsannn >___<

6 comments:

hajar said...

alahai sedapmyeee menu che mat ptg nih.... kena pulak dgn kopi kampung... fuhhh!!! mabeles!!

E Y C H A said...

yummeh! CM td saya ada inbox soalan kt page TiffinBiru..

nak tanya pasal kek..

kalau saya beli tepung kek segera tak kira la brand pun kan... kan dia untuk dibakar..
So, bolehkah kalau saya guna teung instant tu..dgn cara bancuhan yang sama..tapi masak secara kukus?
Boleh kongsi tips tak?

Tq, Eca KulaiJaya

Tina Othman said...

sedapnya, kena dgn kopi panas, meletup

~omak Aii~ said...

wow! bestnyer resepi2 kat sini!!
kak, mohon pautkan blog sy kt sni ye
http://kongsihal.blogspot.com/
sy dah pun pautkan blog akk kt situ.. tq!

Hana Radzi said...

waa...terliur la. dah lama tak makan makanan ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, oooo, nanti Kak Sari bawa sambal tumis ikan bilis, oh mak aihhh, sedap ni makan ujan2 ;-)

gelak gulin2 baca komen ~omak Aii~ kat atas tu. Ada ke patut panggil CM akak. Tada baca punya olang ka¿¿ Dia tak pnah masuk DTS ke?adehhh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.