SINGGANG TUMIS IKAN KERISI..

rsz_singgang_tumis_ikan_kerisi
Malam semua, errr...boleh entri ni?...yang biasa2 juga, masakan harian punya. Kira orait lah kan. Ada juga yang tanya, cm u masak berapa banyak dan siapa yang makan. Ok macam ni, cm masak biasa2 saja, dan dalam kuantiti yang sederhana dan ada tu sikit. Sebab kat rumah cm bukan semua akan makan benda yang sama, jadi kenalah buat pelbagai. Bak tak boleh makan udang dan sebagainya sebab takut gout menyerang. Dan kalau cm masak menu yang ada petai, abang cm tak makan, dan kalau ada tempoyak, Bak dan abang cm tak makan. Jadi kena lah masak yang lain. Cuma Bak dan abang cm ni bukan lah jenis yang cerewet. Singgang tumis ikan kerisi menjadi kegemaran cm sebenarnya. Dan cm suka kuahnya sedikit masam. Sedap dimakan bersama nasi yang dimasak lembut. Sesuai juga kalau anda demam dan tekak kurang selera...Resipi serius senang sangat....dan tiada alasan takut nak mencuba!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerisi bersaiz besar
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 camca teh pes asam jawa
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub ikan bilis (optional)
1 pokok kecil daun sup, hiris
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kerisi dibuang sisik, siang, kerat 2 setiap 1 dan cuci bersih. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng sampai masak, tapi jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air (anggaran 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan leek (toskan), kiub ikan bilis (kalau guna) dan pes asam jawa. Kacau rata. Masukkan ikan, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan daun sup. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi.

Post a Comment

3 Comments

  1. salam MG..dlm cuaca panas cam skrg..mmg sedap mkn nasi ngna msk singgang nie...

    ReplyDelete
  2. Kalau nak tahu inilah masakan kakak yg paling kerap selain asam pedas. Rumah kakak sekurang-kurangnya seminggu sekali ada masak style ini.

    ReplyDelete
  3. Ooo..kena goreng dulu ya resepi yang ini ? Biasanya tak payah kan ?
    Sya belum pernah guna leek untuk masak singgang - ingin cuba juga. Mesti tambah sedap kuah singgang bila bubuh leek kan ?

    Hemm..yummy dah terasa kemanisan kuah yang masam, manis dan sedikit pedas tu.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.