SAMBAL GORENG JAWA.....YANG TAK JAWA SANGAT..

rsz_sambal_goreng (1)
Petang semua....grrrr pening, ada masa sampai tatau apa nak masak. Jadi cm habiskan apa yang ada dalam peti sejuk jelah. Kalau ada bahan2 seperti tauhu, tempe, kobis dan kacang panjang anda dah boleh buat sambal goreng. Itu antara sayuran asas untuk membuat sambal goreng yang sinonim dengan masyarakat Jawa. Dan ada juga penambahan bahan2 lain. Mula2 cm plan nak buat nasi ambeng, tapi atas sebab2 masa yang agak terbatas, terus kensel dan buat sambal goreng saja. Ada macam2 cara orang masak sambal goreng, tapi yang cm punya versi ringkas. Ada pelbagai versi sambal goreng, ada yang gelap sebab letak kicap, ada yang merah sebab ada cili kisar dan ada yang letak sedikit santan. Ini semua bergantung pada anda nak yang macam mana. Cm kerap juga dah masukkan entri yang sama di DTS. Sambal goreng antara hidangan wajib di Johor terutama di hari raya, untuk dimakan bersama ketupat dan serunding. Satu lagi tak perlu satu2 sayuran itu terlampau banyak, sebab bila dah dicampur dengan sayur2 lain, memang dah jadi agak muai. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian kobis bulat, hiris, cuci dan toskan
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, dadu dan goreng
1 keping tauhu, didadu dan goreng
1 keping tauhu kering @ fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1 cekak sohoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1/3 cawan isi udang
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 kuib ikan bilis (optional)
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, kurang lebih 3 camca besar. Tumis serai, lengkuas, bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos tiram, pes asam jawa dan kiub ikan bilis (hancurkan). Kacau rata dan tuang sedikit air.
  2. Masuk udang dan masak hingga berubah warna, tambah tauhu dan tempe goreng, kacau rata. Masukkan tauhu kering (toskan), kacang panjang dan kobis. Gaul hingga rata. Tambah soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga kering sedikit dan soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih atau ketupat.

Post a Comment

7 Comments

  1. sedapnya tgh lapar ni xlunch lagi huhu...

    ReplyDelete
  2. ni orang jawa yg tak berapa pandai nak cakap jawa dtng nak tumpang makan...bulehhhh...sedapnya che mat, sedap ratah2 je ni...

    ReplyDelete
  3. kalau pegi majlis2 kawin orang jawa, mesti ada menu ni kan...saya pastila ambik lebih banyak dari nasi, sedap

    ReplyDelete
  4. Udang ni yg mematah kan selera ,, GOUT oo GOUT !! bila kau nak hilang !!

    ReplyDelete
  5. terbayang nasi ambeng! che mat....nak nasik ambeng! hihihi~

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.