BEN ASHAARI

Saturday, April 20, 2013

PUFF PASTRY INTI SERUNDING DAGING...

rsz_serunding_pastry_puff
Malam semua, terima kasih masih sudi singgah ke blog DTS. Petang ni takde apa sangat nak letak sebagai entri, cuma mat share apa yang cm buat semalam. Kadang2 masalah cm, suka tinggalkan baki pastry dalam feezer, contohnya semalam, masa cari kismis, terjumpa 2 keping puff pastry, nasib baik rupa dia masih hansem, kalau tak, nak kasi bikin benda makan pun nampak macam tak senonoh. Nak buat inti rasa malas pulak, sebab 2 keping saja. Sebenarnya tak suka nak bertepek2 simpan dalam peti sejuk, buat semak mata saja. Maka cm ambik jalan mudah, ku guna serunding daging....serunding Agromas, beli punya, nak buat jangan harap lahh, sejak2 ni cm memang dah kurang masak benda2 yang complicated, tapi kalau majlis2 tertentu kena gak lah masak. Kalau boleh hari2 nak singgang ikan. Entri hari ni cm tak perlu cerita banyak pasal bahan2, cm terus tulis cara2 membuat berdasarkan gambar..Ok kan, alaaa bukan selalu. Tapi sebelum tu, kalau anda sudi nak bantu cm, boleh lah ke link INI dan cari gambar TIFFINBIRU, kemudian tekan LIKE...ucapan terima kasih cm dahulukan pada yang sudi...Ok jomm kita mulakan...

rsz_onersz_two
  1. Pertama anda perlu ada puff pastry, cm guna jenama KAWAN yang saiz 4 inci x 4 inci. Keluarkan dari freezer, biar sekejap di luar. Ambil sekeping, biar ia beralas dengan plastik yang sedia ada, macam dalam gambar. Kemudian bagikan kepada 4 bahagian sama besar (pastikan puff pastry anda tak keras sangat atau lembik sangat).
  2. Lepas tu, buat keratan X pada 2 bahagian, dan biarkan 2 bahagian lagi kosong. Pastikan anda guna pisau berhujung tajam dan taburka sedikit tepung pada permukaan puff pastry tadi. Dan satu lagi untuk mendapat potongan X yang kemas, pastikan puff pastry anda masih keras. Kalau lembik nanti jadi tak kemas..

rsz_threersz_four
  1. Ambil 1 camca teh penuh serunding daging, dan nak lebih mudah, anda gentel sedikit kasi serunding daging tu jadi bebola. Letak atas bahagian yang kosong tadi. Kemaskan (selain inti serunding, anda boleh guna apa saja yang anda suka, samada manisan atau inti yang berempah).
  2. Berhati2 angkat bahagian berpotongan X dan letak atas pastry yang berisi serunding. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, tekan sampai kebawah untuk memastikan puff pastry anda tak terbukak bila dibakar nanti. Kemaskan dan jadilah seperti dalam gambar kanan tuu....comel tak Kak Ton?....hehe...

rsz_oven
Bila dah siap, bakar dalam oven pada suhu 190C kurang lebih 10 - 12 minit ini bergantung pada jenis oven yang anda guna, kalau guna oven periuk macam cm guna dalam gambar atas ni, masa yang diambil kurang lebih 12 minit (pasal oven tu, bila tiba masanya cm akan cerita.). Boleh juga disapu kuning telur sebelum dibakar...Ok itu saja resipi untuk petang ini...sampai jumpa.....


1 comment:

Princess Atie said...

Comel je... Idea yg senang. Thank you abg CM.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.