BEN ASHAARI

Saturday, April 20, 2013

KUNG POA CHICKEN DAN CHE MAT PERLUKAN ANDA!!...

rsz_kung_po_chicken
Salam Sabtu...Bz ke ni hari?..Cm bz dari pagi, sampai masa tulis entri ni baru je siap kerja2 rumah. Sah ada yang tanya, cm tu buat katering ke sampai bz tak hengat?. Errr, idok leer catering, cuma kerja biasa2, tapi kena buat dengan teliti, tu yang jadi nampak bz. Masak apa ni hari?. Cm masak yang mudah2 saja, tapi lambat gak siap masak, dekat jam 12 tengah hari baru siap. Ada juga plan nak buat benda lagi sebab nak test guna satu produk ni, tapi mungkin hari ni tak sempat rasanya. Menu ayam kung poa pernah cm buat dulu, tapi kali ni cm test resipi dari sini, namun ada yang cm ganti dengan bahan2 sesuai yang tidak melanggar peraturan agama kita. Tak susah buat dia, dan sedap dimakan panas. Terlanjur anda baca entri ini, boleh tak cm minta sedikit masa anda, masuk di sini dan klik 'LIKE" pada gambar 'TIFFINBIRU"...cm bukan apa, sekadar memeriahkan majlis saja, rezeki tu semua ketentuan Allah...terima kasih pada yang sudi....Ok jom resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, potong kiub, cuci dan toskan*
1 camca besar kicap lemak*
1 camca teh tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 10 minit)
1 pokok daun bawang (hiris batangnya - warna putih dan daun berasingan)
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, cincang halus'
1/4 cawan kacang tanah yang telah digoreng (boleh yang dah siap)
6 tangkai cili kering, kerat pendek, cuci dan toskan

BAHAN-BAHAN SOS :-)
1 camca besar cuka epal @ cider vinegar
1 camca teh kicap
1 camca besar sos hoisin
1 camca teh minyak bijan (cm letak 3/4 camca teh)
2 camca teh gula
1 camca teh tepung jagung
1 camca teh lada hitam serbuk (resipi asal guna sichuan pepper)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan2 untuk sos dan kacau rata. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng cili kering hingga perang dan berbau harum. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  2. Masukkan bawang putih, halia dan batang bawang yang telah dihiris. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang bancuhan sos, dan gaul rata. Biar hingga ayam masak dan masukkan kacang tanah. Kacau dan masak hingga pekat.
  3. Rasa dan jika kurang masin, anda boleh tambah sedikit garam atau kicap. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas..Sedapp i tell you!!...

2 comments:

nuriarif said...

dah tolong like sblm che mat mintak tolong;-)

Engineers Love Cooking said...

Salam, dah like sebelum ini. Lawatlah juga blog saya,'Engineers Love Cooking'.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.