BEN ASHAARI

Tuesday, April 2, 2013

KERABU MANGGA MUDA ALA THAI.

rsz_kerabu_mangga_muda
Assalammualaikum, salam Selasa...panas betul cuaca, lepas tu nak masak pun macam tak berapa nak ada mood, cuma boleh masak yang mudah2 dan simple2 je. Sebab tekak cm pun macam meragam sikit, ni hari rasa nak makan benda yang masam2 manis pedas. Semalam abang sulung cm bawa balik mangga muda jenis mangga epal. Sebab kan ada mangga, cm buat kerabu. Pilih mangga yang tidak terlalu muda tapi pastikan bukan yang masak. Biar isinya masih keras tapi sudah bertukar sedikit kekuningan. Selain tu cm taburkan juga dengan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ikan bilis goreng garing. Sedap dimakan sejurus digaul dengan semua bahan2 tadi, tapi anda asingkan sikit ikan bilis goreng dan kacang tanah untuk hiasan. Bolehlah cuba sebagai pembuka selera....Resipi sanngat mudah, seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.


11 comments:

Ida Firdausi said...

oh mak aii!! ngecesss...

musa nora said...

sedappppnya...cm guna sos ikan jenama apa ya

deno said...

emmm... sedapnya!!!! baru je makan mangga tadi^^

Kak Mahh said...

Memang sedaplah ni :-)

Chah said...

Siyes...baca tajuk da melelehhhh!!!!

Rozuan Ismail said...

feveret PCB. kerabu mangga

gadisBunga™ said...

terus rasa masam masam dalam mulut!!!

Mrs.Zack said...

Mat...nampak sangat mengiurkan. Pagi2 esok nak cari mangga nak buat kerabu mangga juga :)

Sunah Sakura said...

sedapnye... +_+

Kak Noor said...

Sedapnye.... kecur air liur tengok gambar kerabu mangga. Pekena pula dengan nasi panas dan lauk paprik. Hai... boleh bertambah nasi!

nuris said...

Semua bahan dah ade....kecuali sos ikann..lau xde xpe ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.