BEN ASHAARI

Tuesday, April 9, 2013

ASYIK - ASYIK MASAK KANGKUNG BELACAN...

rsz_kangkung_belacan_pedas
Kangkung antara sayuran termurah dan popular di asia. Macam kita orang2 melayu (dan peranakan), sering menggunakan kangkung dalam masakan harian. Macam2 resipi telah direka, kangkung belacan, sotong kangkung, masak lemak kangkung sama keledek, rojak petik juga gunakan kangkung dalamnya, nasi goreng kampung dicampur dengan kangkung, mi udang penang pun ada yang letak kangkung dalamnya. Ada cm baca di FB dan email sedikit masa dahulu perihal kangkung ni, tapi pada cm, gaya anda menyiang kangkung itu yang penting, satu lagi untuk menjamin kebersihan, sebaik2nya kita masak sendiri. Cmkan selalu lihat bonda, kalau beli kangkung, dia akan biarkan kangkung tadi ditoskan kering (kadang2kan kangkung basah sikit masa kita beli), kemudian bonda siang dan simpan dalam bekas plastik yang bertutup rapat, tapi dengan syarat anda jangan cuci kangkung tu, kalau dicuci dulu, nanti kangkung jadi lecur. Dengan cara ini kangkung boleh tahan 2 hari disimpan dalam peti sejuk..kurang lebih macam tu lahh...Ok sekarang kita lihat resipi kegemaran che mat..kangkung belacan..erkk...(Besar dah anak buah cm kat sini...mantap dan comelll....lahh)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung
1 genggam ikan bilis, cuci, tos dan goreng garing
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kangkung disiang berasingan tangkai dan daunnya, cuci dan toskan. Ikan bilis dicuci bersih, tos dan digoreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan batang kangkung, kacau dan jika perlu tuang sedikit air. Bila batang kangkung lembut, masukkan daunnya, kacau rata2.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, CM... hal perihal kangkung tu, Kak sari setuju apa yg CM cakapkan. kalau makan kat kedai, tulah yg takut tapi Kak Sari fikir, takkanlah benda yg CM maksudkan tu tak mati kalau dimasak ya tak??

suka lenggang kangkung :-))))

JaSSNaNi said...

kangkung goreng belacan.. mmg terbaikkkk!!.. sedap tu.. kalau pucuk paku goreng belacan.. pun sodapp haiihhh..

Fiza Jaafar said...

sedapnyee haii kangkung belacan ..my fav...peehh..terliur.,.>_<"

Cik Bunga said...

Sedap Cik Mat. saye dah lame tak makan belacan sebab bila makan belacan gatal tekak n hidung...
ni nak invite Cik mat jengok lah blog saye kalau sudi... baru sebulan dua usia nya.. kalu sudi lagi kritik lah mane yg boleh membina...

Cik Bunga said...

Lupa plak nak bagi link..
http://sedalamnaluri.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.