BEN ASHAARI

Monday, March 4, 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG DENGAN BETIK MUDA.

rsz_sambal_tumis_sotong_betik_muda
Malam semua, entri malam ini yang mudah dan senang....errr, setiap kali tulis entri pasti kata 'yang mudah dan senang'...Tapi memang betul, ini yang senang dah mudah dibuat. Kalau cm buat sambal sotong, dah semestinya cm guna sotong kembang, kerana setakat ini sotong kembang dan sotong tin je cm makan ok, tak gatal. Dan sotong kembang tu dipotong pada saiz yang anda suka, tapi biarlah comel2, jangan sekor sotong dipotong 4 - 5 bahagian, kalau besar2 nanti susah nak makan. Satu lagi celur sotong dalam air mendidih, tapi JANGAN letak garam, kalau anda letak juga, kemungkinan besar sotong kembang akan jadi liat macam selipar jepun, pengsan lah nak kunyah, nak2 mereka yang pakai gigi 'bohong2' punya. Untuk kali ini cm campur dengan betik muda, muda tu bukan lah yang hijau, tapi yang mengkal, kira in between lah, bukan yang masak ranum dan bukan juga yang mentah. Guna kurang lebih dalam 2 cawan betik yang telah dihiris. Cuma tak berapa nak nampak jelas pulak dalam gambar sambal atas tu, tapi percaya lah, memang ada betik dalam tu!...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor sotong kembang, didadu (kurang lebih 200 gram)
2 cawan betik mengkal yang telah dihiris kecil
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sotong kembang dalam air mendidih selama 1 minit, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah betik mengkal, gaul rata. Masuk sotong kembang dan juga bawang besar. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga pekat dan betik lembut. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Boleh hidangkan.

2 comments:

Delima Zamrud said...

Isk isk isk menu CMG mmg lain dari yg lain, D5 suker sotong kembang nie tambah2 kalau buat sotong kangkung mmg terbaek kan fuhhhh tetiba teringin lak hehheheh

Ummi said...

Mat, akak nak gelak ni....hahahaha, ada ke sebut yg pakai gigi "bohong-bohong punya"....sebut jek lah gigi palsu....kemain beralas ayat kooo eh...mesti x terasa org baca kan...kan...hahahhaha (*golek2 lentang gelak)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.